Friday, November 7, 2008

PERHATIKAN INI

CERPEN


Tingkatan 4:


Menatap Wajahnya(Nov 2003)
Annyss Sophilea
Kerana Manisnya Epal (Nov 2006)
Lambaian Malar Hijau
Pusaran (Jun 2008)
Budi Yang Tak Terbeli (Nov 2004)


Tingkatan 5:


Tragedi (Nov 2001)
Virus Zel Untuk Abah
Aku, Kris dan Kristal (Jun 2004)
Sebutir Pasir di Kaki (Jul 2002)
Di Sisi Rinda (Nov 2008)
Mariah (Jun 2007)


DRAMA

Tingkatan 4:

Serunai Malam
Titik-titik Perjuangan (Jul 2003), (Nov 2007)
Seri Nara (Nov 2002, Jun 2005)


Tingkatan 5:


Jangan Bunuh Rama-rama (Jun 2006)
Puteri Li Po (Nov 2005)
Kerusi


PROSA KLASIK


Tingkatan 4:


Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya (Nov 2001, Nov 2005)
Peminangan Puteri Gunung Ledang (Nov 2008)

Pertarungan Tuah dengan Jebat (Jul 2002), (Jun 2007)
Sikap Terburu-buru Akan Membawa Padah (Jul 2003), (Nov 2004), (Jun 2006)


Tingkatan 5:

Sabor
Kezaliman Membawa Padah (Nov 2002,Jun 2005, Jun 2008)
Asal Usul Raja Kecil (Nov 2003), (Nov 2007)
Kepahlawanan Tun Beraim Bapa (Jun 2004), (Nov 2006)


PUISI TRADISIONAL


Tingkatan 4:


Pantun Mengenang Nasib (Jun 2004)
Pantun Kiasan
Syair Pembunuhan Angreni (Nov 2006)
Syair Dandan Setia dan Intan Terpilih (Jun 2005)
Gurindam Baris Hadapan (Nov 2002)
Seloka Pak Kaduk


Tingkatan 5:

Pantun Enam Kerat
Pantun Lapan Kerat (Nov 2008 )

Syair Jong Pecah (Jul 2002)
Syair Kelebihan Ilmu

Gurindam Memelihara Anggota dan Hati daripada Kejahatan(Nov 2007)
Seloka Pandai Pak Pandir(Nov 2004)

SAJAK


Tingkatan 4:


Aku Menjadi Lebih Berani (Nov 2001)
Anak Laut
Derita Pertama
Jalan-jalan Raya Kotaku
Manusia dan Kesejahteraan (Jun 2008)
Pembeli Masa Sudah (Jun 2006)

Tingkatan 5:


Tukang Gunting (Nov 2003)
Keindahan Yang Hilang
Di Kota Kecilku (Jun 2007)
Sejarah (Nov 2005)
Duhai Pentafsir
Di Ruang Gemanya


NOVEL


Tingkatan 4:


Di Hadapan Pulau (Zon - Mel,Joh,Kel)
Terminal Tiga (Zon - Sab,Sar,Phg,Terg)
Perlumbaan Kedua (Ked,PP,Perak)
Bukit Kepong (Zon - Sel,WPKL,NS,Perlis)


Tingkatan 5:


Konserto Terakhir (Zon - Sel,WPKL,NS,Perlis)
Seteguh Karang (Sab,Sar,Phg,Terg)
Julia( Zon - Ked,PP,Perak)
Putera Gunung Tahan (Zon- Mel,Joh,Kel)

KAJIAN ASPEK SASTERA DALAM NOVEL:


Sinopsis (Jul 2002)
Tema (Nov 2002), (Jun 2007)
Persoalan(Nov 2001, Nov 2003),(Nov, 2006)
Watak & Perwatakan (Nov 2003, Jun 2004, Jun 2005, Jun 2006), (Nov 2007)
Plot (Nov 2001, Jul 2003)
Konflik (Nov 2004)
Latar (Nov 2002, Jul 2003),
Latar tempat - Banding 2 novel (Nov 2005)
Nilai (Jul 2002, Nov 2004, Jun 2006), (Jun 2007), (Nov 2008)
Pengajaran (Jun 2004, Nov, 2006, Jun 2008)
Peristiwa/Teladan (Jun 2005)
Gaya Bahasa
Peristiwa (Nov 2007), (Nov 2008)
Pemilihan tajuk dan kandungan (Jun 2008)





* SUMBER: http://www.bmspm.net/aspeksastera.htm

SELAMAT MAJU JAYA

Anak-anak didikku yang dikasihi,

Kata para pujangga, mega merah yang berlabuh di kaki senja hari ini sama sekali tidak menjanjikan pertemuan dengan sinar terik sang mentari keesokan hari. Namun, semuanya pasti dan usaha serta niat kita yang akan memastikannya.

Doa dan harapan cikgu, agar kalian berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2008 yang bakal dihadapi pada 11 November 2008.

SELAMAT MAJU JAYA!

Monday, October 13, 2008

USAHA-USAHA MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN NEGARA.
















LATIHAN: Isikan ruangan-ruangan kosong dengan perkataan yang sesuai


Tak kenal maka tak cinta. Peribahasa tersebut jelas menyatakan bahawa untuk mencintai atau menyayangi haruslah mengenali terlebih dahulu. Sejauhmanakah perkenalan tersebut perlu dalam menyemarakkan perasaan cinta dan………………… hati seseorang? Pastikanlah perkenalan tersebut disusuli dengan pertemuan dan pelbagai usaha akan dilakukan agar lebih…………………….dan menyayangi. Begitulah analogi yang dapat digambarkan tentang sektor pelancongan di Malaysia. Kebanyakan pelancong tidak mengenali dan mengetahui akan keistimewaan negara kita dari aspek industri pelancongan. Oleh yang demikian, bagi melrealisasikan hasrat Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah destinasi pilihan, pelbagai usaha perlulah dilakukan untuk memajukan sektor tersebut.
Malaysia sebenarnya mempunyai pelbagai jenis industri pelancongan yang boleh dikomersilkan. Antaranya termasuklah destinasi pelancongan berasaskan Kebudayaan, Industri Kraftangan, Makanan Tradisi, Tempat-tempat menarik, Sukan dan Agrotourism.
Klasifikasi ini penting kerana pelancong mempunyai minat yang bebeza dan memudahkan mereka membuat pilihan untuk …………………….ke tempat-tempat tersebut. Kebiasaannya, tempat tersebut wujud melalui identiti dan keistimewaan …………………... Sebagai contoh, destinasi pelancongan berasaskan Tempat-tempat Menarik seperti Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Redang dan Taman Negara. Selain itu, destinasi pelancongan berasaskan Sukan dapat direalisasikan melalui penganjuran Sukan Antarabangsa seperti Formula 1 di Sepang dan Le Tour de Langkawi yang menjadi acara tahunan di Pulau Langkawi. Jelasnya, sektor pelancongan yang mempunyai identiti tersendiri dapat .......................... pelancong.
Kekangan yang seing wujud dalam menarik pelancong mengunjungi destinasi tetentu di Malaysia ialah dari segi prasarana yang kurang. …………………ini amat perlu kepada para pengunjung ……………… tandas awam yang bersih, telefon yang berfungsi, pengangkutan awam yang selamat dan menepati masa serta pelbagai lagi. Selain itu, kerajaan perlu memperbanyak tempat penginapan seperti hotel, chalet, dan sebagainya. Kerajaan juga perlu ................................... pusat-pusat informasi pelancongan dan juga kawasan tampat letak kereta yang luas dan selamat. Prasarana tersebut perlu untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pelancong. ……………….. contoh, kemudahan rumah rehat yang baru dibuka untuk pemandu-pemandu di kawasan Rawat dan Rehat Ayer Keroh Melaka. Jelasnya, kerajaan perlu mengenalpasti keperluan di setiap tempat dan menyediakan mengikut kemahuan pelancong. Kemudahan ini perlu diwujudkan secara meluas dan mencukupi.
Promosi merupakan satu cara untuk memperkenalkan dan menarik minat seseorang terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan. Oleh yang demikian, promosi destinasi pelancongan yang terdapat di Malaysia merupakan satu usaha yang perlu demi memperkenalkan sektor tersebut pada mata umum. Promosi ini dapat dilakukan melalui iklan-iklan di media cetak dan media ……………….. termasuklah di laman-laman web, pameran di tempat-tempat awam seperti pasaraya, pertandingan-pertandingan dan pesta jualan. Sebagai contoh, pertandingan memancing ‘Joran’ anjuran Berita Harian yang diadakan saban tahun secara tidak langsung turut mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia seperti Pulau Tioman, Tasik Kenyir, dan Empangan Temenggor. Ringkasnya, promosi perlulah giat dilakukan dalam usaha memperkenalkan destinasi di Malaysia.
Pemantauan merupakan satu kawalan yang dilakukan untuk mengetahui …………………………….. terhadap sesuatu perkara. Pemantauan ini merupakan aspek yang sangat penting dalam usaha memastikan mutu sesuatu produk atau perkhidmatan itu sentiasa mencapai ke aras yang terbaik. Pemantauan untuk industri pelancongan ini boleh dilakukan melalui penubuhan badan tertentu dan memperbanyakkan pejabat awam di dalam dan di luar negara. Selain itu, kakitangan profesional perlu ………………. dengan lebih ramai lagi. Sebagai contoh, badan yang telah diwujudkan ialah Badan Penggalakan Pelancong. Jelasnya, pemantauan secara berkala perlu dilakukan agar masalah dan halangan yang …………………. dalam usaha memajukan sektor ini dapat dikesan segera dan diatasi dengan sebaiknya.
Ketika musim cuti umum dan perayaan, kebanyakan keluarga akan mengambil kesempatan untuk bercuti. Pelbagai destinasi menjadi pilihan …………………… kemampuan masing-masing. Oleh yang demikian, kerjasama agensi pelancongan sangat diharapkan dalam ………………. perkembangan sektor pelancongan di negara kita. Agensi-agensi pelancongan haruslah bekerjasama dalam menyediakan pakej istimewa yang berpatutan dari segi kos dan kesesuaian aktiviti. Pakej seperti ini sangat perlu dalam usaha menarik minat ………………….. golongan terutama yang berpendapatan sederhana untuk mnyahut seruan kerajaan iaitu ‘Cuti-cuti Malaysia’. Usaha ini dapat direalisasikan melalui kerjasama antara kerajaan dan agensi pelancongan. Misalnya, seperti yang telah dilakukan oleh ‘First World Hotel. Agensi tersebut telah menyediakan pakej yang murah serendah RM88.00 untuk satu malam meliputi penginapan, makan malam, sarapan, makan tengah hari dan lawatan ke taman tema. Jelasnya, melalui tawaran pakej istimewa tersebut, sudah pasti pelbagai golongan masyarakat dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk ........................ sektor pelancongan di negara kita.
Tuntasnya, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, jika usaha
yang dilakukan amat kurang dan terbatas, bagaimanakah hasrat untuk melihat sektor
pelancongan di negara kita merentasi benua dan dunia menjadi nyata? Segala ……. yang
dirancang dan direncana ……………….. bantuan dan kerjasama daripada semua pihak.
Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama
Malaysia akan menjadi sebutan dan ...………... utama seluruh penduduk dunia untuk
merehatkan minda.

Saturday, October 11, 2008

SOALAN-SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 - BAHAGIAN B

Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit
100 Markah

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Cogan kata “Rumahku, Syurgaku” sering dicanangkan bagi menekankan kepentingan institusi kekeluargaan. Oleh itu asuhan dan didikan anak-anak seharusnya bermula dari rumah.
Berdasarkan pandangan tersebut, berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

2. Andaikan anda seorang pakar pemakanan. Anda ingin menyediakan satu rencana yang bertajuk “Risiko Lebihan Gula dan Garam dalam Diet” untuk disiarkan dalam sebuah akhbar mingguan. Tulis rencana tersebut selengkapnya.

3. Banjir kilat sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering menghantui warga ibu kota Kuala Lumpur.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan fenomena ini dan bagaimanakah musibah ini dapat diatasi.

4. Aktiviti kokurikulum berperanan untuk melahirkan remaja yang berwawasan dan berdisiplin. Berikan pendapat anda tentang perkara tersebut.

5. Banyak orang berpendapat melancong dalam negara adalah lebih menguntungkan.Nyatakan pendapat anda tentang perkara tersebut.

6. Amalan membaca bermula dari rumah. Bincangkan.

7. Jiran sepakat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Namun demikian, masyarakat pada hari ini seolah-olah hidup bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.Bincangkan.

8. Makanan tradisional harus dipopularkan semula. Bincangkan.

9. Baru-baru ini anda telah menyertai lawatan ke suatu destinasi perlancongan. Sekembalinya anda daripada lawatan tersebut, guru penasihat Persatuan Geografi telah meminta anda menulis suatu rencana tentang keistimewaan destinasi perlancongan tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Tulis rencana itu selengkapnya.

10. Kata-kata hikmat “Membaca jambatan Ilmu” sering kita dengar. Huraikan maksud kata-kata tersebut.

11. Bayangkan bahawa dunia kini dilanda kegawatan bekalan air bersih sebagai akibat kemusnahan hutan dan pencemaran alam yang dahsyat. Gambarkan keadaan tersebut selengkapnya.

12. Amalan pemakanan dan gaya hidup moden merupakan punca utama munculnya pelbagai penyakit pada masa kini. Ulaskan penyataan ini.

13. Pelajar-pelajar di sekolah anda tidak berpuas hati terhadap mutu makanan, aspek kebersihan, dan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pengusaha kantin sekolah. Sebagai ketua pelajar, anda ingin mengadukan hal tersebut bagi pihak pelajar kepada pengetua sekolah. Tulis surat tersebut selengkapnya.

14. Sahabat pena anda dari seberang laut telah mengutus surat kepada anda. Dia ingin tah tentang usaha promosi pelancongan yang dilakukan di negara anda untuk menarik para pelancong asing. Balas surat sahabat itu selengkapnya.

15. Sekolah anda telah mengadakan sambutan hari guru bagi menghargai jasa dan sumbangan para guru. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan pada hari itu. Gambarkan sambutan hari guru yang diadakan di sekolah anda itu.

LATIHAN MENULIS PENUTUP KARANGAN





















































KECEMERLANGAN ANAK-ANAK BERMULA DARI RUMAH – peranan institusi keluarga dalam melahirkan anak-anak cemerlang.

Institusi keluarga yang lengkap perlu ada bapa, ibu, anak-anak dan saudara-mara. Setiap unit mempunyai peranan yang jelas dan tersendiri. Ibu bapa dianggap mempunyai peranan paling penting dalam keluarga kerana anak-anak merupakan kain putih, ibu bapalah yang menjadi pencoraknya. Oleh yang demikian, setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga perlu menentukan matlamat dan corak keluarga yang ingin dimiliki. Persoalannya,.........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan, pasangan yang bakal melayari bahtera rumah tangga perlu melengkapkan diri dangan ilmu keibubapaan demi melahirkan ibu bapa yang prihatin suatu hari kelak. Ilmu keibubapaan ialah ilmu yang diperoleh melalui kursusu-kursus secara formal atau tidak formal. Misalnya, kursus pra perkahwinan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam atau kursus keibubapaan anjuran badan-badan swasta. Pengisian ilmu keibubapaan yang merangkumi tanggungjawab suami, isteri dan anak-anak serta batasan-batasanhak mereka ini diharapkan dapat melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah kerana pengetahuan agama dan moral dalam keluarga dapat membentuk sahsiah atau disiplin anak-anak.Kita sedia maklum disiplin yang kukuh adalah pencerna kecemerlangan dan kegemilangan anak-anak. Oleh itu,………………..………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………....
Rumahku Syurgaku adalah impian setiap pasangan sama ada yang baru atau yang sudah lama berumahtangga. Apa itu rumah yang menjadi syurga dalam keluarga? Tidak lain dan tidak bukan ialah keluarga yang bahagia. Dalam hal ini, ibu bapa amat berperanan dalam melahirkan keluarga yang harmoni, aman dan damai. Menurut Dr. Hassan Ali, Pengarah Akademi Keluarga Bahagia Malaysia, kesejahteraan bermula dari rumah, maka ibu bapa hendaklah menjadikan rumah seperti syurga yang penuh dengan kedamaian dan keindahan kepada anak-anak. Kesejahteraan di rumah dapat mewujudkan keluarga penyayang. Oleh itu, ibu bapa harus peka dan faham serta mempunyai iltizam terhadap insan yang utuh dari segi emosi, akhlak dan moraliti dalam mengharungi ranjau serta liku yang sentiasa menghambat kesejahteraan keluarga. Anak-anak yang membesar dalam lingkungan kebahagiaan lebih mudah menerima perkara-perkara positif dalam membina diri mereka. Mereka juga lebih tenang dan lebih senang menerima pelajaran bagi memastikan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik. Mereka tidak akan mencari jalan lain untuk mencari hala tuju kerana mereka sudah ada keluarga bahagia yang menjadi tulang belakang mereka. Jadi,…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Proses pembentukan sahsiah bermula dari alam rahim hingga ke akhir hayat. Ibu bapa perlu bertindak sebagai agen pertama dalam pembentukan sahsiah dan penjana kecemerlangan anak-anak. Justru, mereka mesti menjadi role model kepada anak-anak bagi mengelakkan anak-anak daripada terjebak ke kancah negatif. Untuk menjadi role model yang cemerlang, mereka perlu memulakannya daripada diri sendiri. Sebagai contoh, dari segi penampilan diri, ibu bapa yang menjadi role model ini perlu berketrampilan sopan dan tidak melanggar batasan agama dan budaya. Mereka juga perlu menjadi pengurus rumah tangga yang cemerlang iaitu dari segi pengurusan masa, pengurusan diri, pengurusan anak-anak sehinggalah ke pengurusan kewangan. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, bapa borek anak rintik, malah kalau bapa kencing berdiri anak-anak kencng berlari. Sehubungan dengan itu, ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Ibu bapa merupakan sumber inspirasi anak-anak. Sentuhan kasih sayang dan dakapan mesra menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan anak-anak. Lantaran itu, ibu bapa seharusnya menjadi pemudah cara kepada anak-anak supaya mereka terkeluar daripada belenggu masalah. Sebagai contoh, apabila anak-anak berhadapan dengan maslah pelajaran atau gangguan emosi, ibu bapa akan menjadi pendengar yang setia dan membantu menyelesaikan masalah mereka. Terdapat juga anak-anak yang mengalami tekanan sehingga mereka hilang kawalan diri dan putus asa, ibu bapalah orang pertama yang seharusnyamenghidupkan kembali semangat mereka dan memberikan bimbingan untuk meneruskan kehidupan. Jika tidak, mereka pasti akan mencari orang luar yang belum tentu dapat menjadi penggalak dan pembimbing ke jalan yang benar. Jelaslah,…..…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Berdasarkan cambahan minda di atas, konklusi yang dapat dibuat ialah sukar untuk menafikan bahawa kecemerlangan ibu bapa menjadi modal insan yang utama untuk menjana kecemerlangan anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa tidak boleh menjadi seperti ketam mengajar anak-anak berjalan lurus tetapi sahutlah laungan pemimpin negara kita iaitu ‘kepimpinan melalui teladan’. Sebelum nasi menjadi bubur, atau jika tidak mahu tanam padi tumbuhnya lalang, maka……………………………………………………………………………………...…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………

TIPS UNTUK ANDA

TIPS PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU SPM (KERTAS 1/1103)


BAHAGIAN A

•Pastikan jumlah patah perkataan dalam karangan ialah 200-250 patah perkataan sahaja.
•Tulis tentang topik yang terdapat dalam soalan dan bukannya tentang gambar-gambar yang dikemukakan.

BAHAGIAN B

•Jumlah perkataan hendaklah melebihi 350 patah kata dan sebaik-baiknya ialah antara 500-700 patah kata.
•Gunakan peribahasa yang sesuai dengan topik - sekurang-kurangnya satu dalam perenggan penutup. Anda boleh menggunakan peribahasa "anak baik menantu molek" yang bermaksud mendapat keuntungan yang berlipat ganda/saat berbahagia dalam semua karangan anda.
•Analisis topik-topik dalam buku teks Tingkatan 4/5 dan soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri lain dan soalan sebenar SPM.

Friday, October 10, 2008

KELAS TAMBAHAN BAHASA MELAYU TINGKATAN LIMA.

Kepada;
Ibu bapa/ Penjaga,
Pelajar-pelajar Tingkatan 5A,5F dan 5H,


Yang Berhormat Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Kelas Tambahan Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Lima


Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, pihak Maktab ingin memaklumkan bahawa kelas tambahan berkenaan akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

2.1 Tarikh : 18 Oktober dan 25 Oktober 2008 ( Sabtu )
2.2 Tempat : Kelas 5 Hikmah
2.3 Masa : 8:30 – 10:30 pagi

3. Kelas ini diadakan kerana guru mata pelajaran berpendapat masih terdapat pelajar-pelajar yang perlu dimantapkan lagi tahap penguasaan dan pemahaman mata pelajaran Bahasa Melayu mereka.


4. Keprihatianan pihak ibu bapa/penjaga kami dahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian, terima kasih.

Tuesday, September 9, 2008

PUISI TRADISIONAL - ANTOLOGI KERUSI


















PANTUN ENAM KERAT


Ular tedung jangan dipermudah,
Biasanya dapat membawa maut,
Jika tidak maut merana juga;
Berhujan panas aku tak endah,
Keris lembing aku tak takut,
Kehendak hati kuturut juga.

Kuda liar berkeliling kota,
Kota terbuat dari kayu,
Tempat berkawal lasykar Feringgi;
Kami mendengar khabar angin,
Bunga kembang sudah pun layu,
Gugur ke bumi tidak harum lagi.

Penakik pisau raut,
Ambil galah sebatang lintabung,
Seludung dijadikan nyiru;
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru.

Sultan Muda dari Lampung,
Memikul cangkul dengan bajak,
Singgah minum di lepau nasi;
Sudah sekah tempat bergantung,
Telah patah tempat berpijak,
Ke mana hendak digapai lagi.

Permatang Budi, 1991
Fajar Bakti Sdn. Bhd.



MAKSUD

Rangkap Pertama :Hujan, panas, atau ancaman keris dan lembing tidak dihirau-kan asalkan dapat memenuhi hajat di hati.


Rangkap Kedua :Bunga yang sudah layu dan gugur ke bumi akan hilang harumnya; dianggap tidak berguna lagi.


Rangkap Ketiga: Sesuatu yang sedikit dijadikan banyak; alam pula dijadikan sumber ilmu.

Rangkap Keempat:Tempat bergantung hidup telah tiada; tidak tahu ke mana hendak mengadu.




PERSOALAN

1. Berani menempuh apa-apa dugaan dan cabaran untuk mencapai cita-cita.

2. Orang yang telah rosak akhlaknya dianggap tidak berguna dan dipandang hina.

3. Kegigihan untuk mencapai kejayaan atau kesenangan dengan menjadikan alam sebagai sumber pengetahuan dan panduan hidup.

4. Kehilangan tempat bergantung mengakibatkan kesusahan dan keadaan tidak tentu arah.




BENTUK PANTUN

1. Pantun enam kerat ini terdiri daripada empat rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu enam baris serangkap.

3. Bilangan kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata sebaris.

4. Bilangan suku kata dalam setiap baris pun tidak sama, iaitu antara lapan hingga sebelas suku kata.
5. Rima akhir pantun ialah abcabc



GAYA BAHASA

1. Pemilihan katanya indah dan baris yang dibentuk adalah puitis.
Contohnya :
penakik pisau raut,
setitik dijadikan laut.


2. Penggunaan bahasa kiasan.
Contohnya, Telah patah tempat berpijak.
Dalam contoh di atas, telah patah maksudnya telah hilang atau telah tiada, sementara tempat berpijak maksudnya tempat seseorang bergantung harapan.


3. Perlambangan.
Contohnya, keris lembing
(pelbagai dugaan atau cabaran) (R1 B5), dan
Alam terbentang dijadikan guru
(Kejadian alam boleh dijadikan renungan dan memberi teladan dalam kehidupan) (R3 B6)


4. Sinkof. Contohnya, Berhujan berpanas aku tak endah (R1 B4) dan Keris lembing aku tak takut (R1 B5).


5. Imejan.
Contohnya, imej alam seperti bumi, gunung, laut, dan alam.


6. Unsur bunyi :

(a) Asonansi (pengulangan bunyi vokal).
Contohnya, Jika tak maut merana juga;
Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak enam kali.

(b) Aliterasi (pengulangan bunyi konsonan).
Contohnya, Telah patah tempat berpijak,
Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi konsonan t sebanyak empat kali.


NILAI MURNI

1. Berani.
Contohnya, berani menempuh segala dugaan untuk mencapai cita-cita.

2. Kerajinan / Gigih.
Kita perlu rajin dan berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita.

3. Berdikari.
Contohnya, terpaksa berusaha sendiri setelah hilang tempat bergantung.

4. Kesederhanaan. Bersikap sederhana dalam tingkah laku dan jangan meninggi diri.

5. Rasional. Berfikiran matang dalam bertindak


PENGAJARAN

1. Kita hendaklah rajin berusaha kerana bukan mudah untuk mencapai cita-cita. Banyak dugaan dan halangan yang perlu ditempuh dengan semangat yang tinggi.

2. Kita hendaklah bersikap sederhana kerana keindahan sesuatu hanya sementara sahaja. Oleh itu, janganlah meninggi diri dengan keistimewaan yang dimiliki kerana perkara tersebut tidak akan berkekalan.

3. Kita hendaklah peka dan merenung kejadian alam kerana akan memberi pelbagai pengajaran setelah dibuat perbandingan. Berfikirlah semasak-masaknya sebelum melakukan sesuatu.

4. Kita hendaklah bersikap rasional walaupun kehilangan orang yang dikasihi atau menjadi tempat bergantung hidup menjadikan kita kehilangan punca untuk terus menempuh kehidupan.Hadapilah segala dugaan dengan tabah kerana sepanjang kehidupan ini sememangnya dipenuhi cabaran.

5. Kita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam usaha mencapai cita-cita.

6. Kita hendaklah berhati-hati sebelum terlambat.

7. Janganlah kita mudah berasa kecewa atau berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup.

Wednesday, September 3, 2008

NOTA PELAJAR DAN LATIHAN : PUTERA GUNUNG TAHAN.

TEMA NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

Novel ini memaparkan semangat cinta akan tanah air atau semangat kebangsaan atau semangat perjuangan mempertahankan tanah air daripada cengkaman penjajah .

Pengarang berharap, melalui penghasilan karya ini , dapat menyedarkan masyarakat tentang tanggungjawab sebenar dalam usaha mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh bangsa asing.

Semangat cinta akan tanah air ini dapat dilihat menerusi watak-watak yang ditonjolkan oleh pengarang dalam novel ini sama ada melalui watak utama , ataupun watak- watak sampingan.

Contoh:

Melalui watak utama iaitu Ratu Bongsu, yang enggan menyerahkan puncak gunung Tahan kepada orang Inggeris walaupun ditawar dengan beberapa ganjaran yang menarik dan lumayan. Ratu Bongsu dan Kusina (pengikutnya) sama-sama berusaha mempertahankan puncak gunung tersebut daripada ditawan oleh orang Inggeris.

Pengarang memaparkan sikap benci dan anti Inggeris dengan mempermainkan dan memperbodohkan watak Tuan William dan Tuan Robert (Nama-nama pejuang Melayu yang disebut oleh pengarang dalam novel ini iaitu Tuan Robert tergila-gila akan perempuan Sakai dan akhirnya mati terjatuh dari pokok kelapa.)

Pengarang mendedahkan sikap buruk penjajah melalui watak Tuan William dan Tuan Robert yang tamak, bongkak dan memandang rendah terhadap orang Melayu.

Pengarang juga menyebut tentang perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tuk Gajah dalam usaha untuk menentang penjajahan Inggeris di Tanah Melayu.




PERSOALAN

Pengaruh barat yang membawa kesan buruk kepada masyarakat.
(Orang Melayu bergaul bebas lelaki dan perempuan sehingga ada yang mengandung tanpa nikah.


Pendirian tegas dan tidak mementingkan diri sendiri.
(Perempuan tua dan Ratu Bongsu tidak terpengaruh dengan kekayaan yang ditawarkan oleh orang Inggeris sebagai ganjaran penukaran hak milik gunung Tahan kepada orang Inggeris)


Persoalan tentang sikap bongkak dan tamak orang Inggeris yang akhirnya membawa padah kepada diri sendiri. (Sikap Tuan Robert dan Tuan William yang tamak dan bercakap angkuh iaitu membangga-banggakan bangsanya tetapi merendah-rendahkan bangsa Melayu menyebabkan mereka terkorban .Hasrat untuk mendapatkan puncak gunung Tahan akhirnya gagal.)

Persoalan cinta akan tanah air
Contoh; Ratu Bongsu tidak sanggup menerima tawaran RM5000 sebulan dan sebuah istana yg indah oleh tuan William demi menyerahkan puncak gunung tahan kpd pihak Inggeris.

Persoalan tali barut
Contoh; terdapat sebilanga kecil orang melayu yg berpihak kpd inggeris dan menyebabkan orang melayu kalah dalam peperangan di pahang dan terpaksa melarikan diri ke hutan.

Persoalan keangkuhan atau kesombongan
Contoh; Tuan Robert mengatakan bahawa agama kristian lebih baik drpd agama islam dan menganggap ilmu dunia (cenuai) adalah karut dan beliau terus tidak mempercayainya.

Persoalan tamak
Contoh: Tuan William dan Tuan Robert sanggup merentas hutan untuk ke puncak Gunung Tahan kerana ingin mendapat tawaran daripada pihak Inggeris sebanyak 50000 paun.

Persoalan penipuan
Contoh: Tuan Robert cuba menipu perempuan tua dengan memperdayakan perempuan tua untuk membeli kulit harimau putih kerana kulit harimau putih itu terlalu mahal harganya.

Persoalan kebijaksanaan.
Contoh: Ratu Bongsu telah menyuruh Tuan William masuk ke istananya ketika inggeris menyerang puncak gunung tahan dan menyebabkan T. William mati dalam istana tersebut akibat tersedut asap beracun.


PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotisme.
Contoh : Ratu Bongsu tidak sanggup menerima tawaran Tuan William RM5000 sebulan dan sebuah istana demi menjaga atau tidak mahu menyerahkan puncak gunung tahan kepada Inggeris.

2. Kita hendaklah menghormati ketua dalam melaksanakan segala perintah yang diberikan.
Contoh : Orang-orang sakai begitu menghormati Tuk Batin dan menghormati perempuan tua kerana dianggap sebagai ketua mereka.

3. Kita hendaklah menghormati tetamu.
Contoh : Orang-orang Sakai menghormati tetamu yang datang ke perkampungannya dengan melantik Tuan Robert sebagai Batin Putih.

4. Kita hendaklah bersimpati dan menolong orang yg susah.
Contoh : Orang-orang Sakai menolong dan membantu Tuan William yang kesusahan dan memberikan layanan yang baik kerana kawannya Tuan Robert mati kerana terjatuh pokok.

5. Kita janganlah memperlekehkan agama dan adat orang atau bangsa.
Contoh : Tuan William cuba memperlekehkan agama Islam dan tidak mempercayai ilmu dunia (cenuai) dan menganggap agama kristian yang dianutinya lebih baik menyebabkan perempuan tua memarahinya.


NILAI MURNI

1. Kasih sayang.
Contoh :Tuan Robert yang ditangkap oleh orang Sakai sentiasa teringat akan kawannya dan begitu juga Tuan William selalu mengintai Tuan Robert dan sanggup mencari Tuan Robert yang hilang.

2. Kegigihan
Contoh : Tuan Robert dan Tuan William merupakan orang Inggeris yang gigih dan sanggup meredah hutan untuk ke puncak gunung tahan untuk mencari tempat peranginan yang diarahkan oleh Kerajaan British.

3. Keberanian.
Contoh : Terdapat sebilangan orang melayu yg berani menentang pihak Inggeris di Pahang untuk mempertahankan negeri daripada dijajah walaupun dengan kelengkapan perang yang tidak setanding dan akhirnya tewas.

4. Bekerjasama.
Contohnya : Orang-orang Melayu bekerjasama menentang orang Inggeris demi mempertahankan tanah air daripada dijajah.


WATAK DAN PERWATAKAN

Ratu bongsu (watak utama)

-Raja di puncak Gunung Tahan (Raja orang bunyian)

-Anak kepada perempuan tua yang tinggal di perkampungan orang Sakai.

-Dilahirkan di dalam hutan ketika bondanya lari daripada orang Inggeris.

-Cinta akan tanah air
Contoh : Baginda tidak sanggup menerima tawaran RM5000 sebulan dan sebuah istana yang cantik demi menjaga puncak gunung tahan supaya tidak jatuh ke tangan Inggeris.

-Baik hati
Contoh: Baginda sanggup menolong Tuan William dengan memberikan khidmat teropong halus, beringin bercakap dan burung pesuruh-jaya untuk Tuan William mengetahui tentang isterinya yang berada di London.

-Taat dan patuh kpd nasihat
contoh: Ratu Bongsu sentiasa patuh dan taat terhadap nasihat perempuan tua dan sentiasa berhati-hati dengan sikap Tuan William

-Seorang yg bijak
Contoh: Baginda memerangkap Tuan William dengan menyuruh Tuan William masuk ke dalam istananya ketika kapal terbang Inggeris menyerang puncak Gunung Tahan dan menyebabkan Tuan William terperangkap ketika istana di bom dan Tuan William mati.

-Seorang raja yg baik dan pandai memerintah.
Contoh: Baginda pandai memerintah dan ini membuatkan orang-orang bunyian patuh akan segala arahan dan titah perintah daripada baginda.



Perempuan tua

-Keturunan raja di negeri Pahang

-Ibu kepada Ratu Bongsu

-Melarikan diri bersama-sama rakyat ke hutan dalam keadaan beliau sedang sarat mengandung apabila rakyat Pahang ditewaskan oleh orang Inggeris.

-Bersalin di dalam hutan dengan bantuan orang-orang Sakai

-Tinggal bersama-sama orang Sakai di dalam hutan atau di Kampung Harimau Putih

-Mengajar Islam kepada orang-orang Sakai

-Mengenakan cenuai kpd Tuan Robert kerana Tuan Robert bersikap angkuh

-Berpendirian teguh
Contoh: Beliau tidak mudah terpengaruh dengan pujukan Tuan Robert untuk membeli kulit harimau putih, dan dia tidak mahu menjualnya walaupun ditawar dgn harga yang mahal.

-Tidak suka dihina dan mempertahankan maruah dan martabat diri beliau.
Contoh: Apabila di hina oleh Tuan Robert tentang agama Islam beliau telah mempertahankan agama Islam dengan hujahnya yang jitu dan kemudiannya mengenakan cenuai kepada Tuan Robert untuk membuktikan bahawa ilmu dunia tidak karut.

-Seorang yang penyayang
Contoh: Beliau sentiasa menasihati anaknya ratu bongsu supaya berwaspada dengan Tuan William supaya tidak terpengaruh dengan tipu muslihat Tuan William

-Seorang yang cerdik
Contoh: Beliau dapat mematahkan hujah Tuan Robert ketika Tuan Robert cuba mempersendakan ilmu dunia dan agama islam dan cuba mengagungkan agama kristian.

-Berpandangan jauh
Contoh: Beliau selalu menasihati Ratu Bongsu supaya berwaspada dengan tindak tanduk Tuan William kerana perempuan tua tahu bahawa Tuan William merupakan seorang yang tidak jujur.



Kusina

-Orang bunyian yang tinggal di puncak Gunung Tahan

-Berjumpa dengan Tuan William dan membawa Tuan William berjumpa dengan Ratu Bongsu

-Seorang yg baik hati - contoh: Memberikan makanan kepada Tuan William dan menunjukkan jalan kepada Tuan William sehingga sampai ka puncak Gunung Tahan.

-Cinta akan tanah air - contoh: Apabila kapal terbang Inggeris menyerang puncak Gunung Tahan, Kusina menutup pintu bilik khazanah di istana Ratu Bongsu dan menyebabkan Tuan William terperangkap di dalam bilik dan mati.

-Dapat menghilangkan diri (ghaib) - contoh: Kusina dapat menghilangkan diri dan memberitahu Ratu Bongsu tentang kedatangan Tuan William ke puncak Gunung Tahan.



Tuan Robert

-Sahabat Tuan William

-Bertanggungjawab mencari tempat peranginan kepada pihak kerajaan British dengan ganjaran wang sebanyak 50000 Paun.

-Tersesat di dalam hutan ketika cuba mengambil gambar pemandangan di hutan dan kemudiannya ditawan oleh orang Sakai.

-Dilantik sebagai batin putih oleh perempuan tua

-Bersikap angkuh dan sombong
Contoh: Dia tidak mempercayai ilmu dunia dan menganggap agama Islam tidak bagus dan cuba mengagungkan agama kristian

-Tergila-gila akan perempuan Sakai
Contoh: Apabila Tuan Robert terkena cenuai, dia tergila-gila akan gadis sakai dan sanggup lakukan apa saja asalkan dapat berkahwin dengan gadis itu seperti mengelilingi busut sebanyak 7 kali serta memanjat pokok dan akhirnya terjatuh dari pokok.



Tuan William

-Rakan Tuan Robert

-Bertanggungjawab mencari tempat peranginan kepada kerajaan British di Tanah Melayu dengan tawaran upah 50000 paun.

-Orang yang berjumpa dengan Ratu Bongsu dipuncak Gunung Tahan

-Mempunyai isteri yang berada di London iaitu Mem William

-Melihat dan mendengar isterinya bermesra dengan lelaki lain ketika dia berada di Tanah Melayu melalui teropong halus.

-Orang yang bertanggungjawab menulis surat kepada kerajaan British supaya menyerang Gunung Tahan

-Mati terkena bom Inggeris yang menyerang puncak Gunung Tahan kerana tersedut gas beracun.

-Berhati jahat. Contohnya surat yang di tulis bukan kepada isterinya, sebaliknya menyuruh Kerajaan British menyerang Gunung Tahan.

-Bersifat penyayang. Contohnya dia sanggup mencari kawannya Tuan Robert yang hilang dan sentiasa mengingati Tuan Robert yang hilang

-Seorang yang gigih. Contohnya dia sanggup meredah hutan dan mendaki gunung untuk mencari kawasan peranginan seperti yang diarahkan oleh kerajaan British

-Orang yang memberikan tawaran kepada Ratu Bongsu sebanyak RM5000 sebulan dan sebuah istana jika Ratu Bongsu sanggup menyerahkan puncak Gunung Tahan kepada British.

-Mementingkan kebendaan. Contohnya dia sanggup meninggalkan keluarga dan negaranya untuk mencari kawasan peranginan di Tanah Melayu dgn upah 50000 Paun.




LATAR TEMPAT

1-Negeri Pahang: Digambarkan melalui peristiwa tentera Inggeris menyerang Pahang dan ditentang oleh pahlawan Pahang seperti Tuk Gajah, Mat Kilau, Dato Bahaman. Walaupun akhirnya rakyat tempatan terpaksa menerima kekalahan dan melarikan diri ke dalam hutan.

2-Gua: Digambarkan melalui peristiwa Tuan Robert dan Tuan William terpaksa berteduh daripada hujan lebat sementara meneruskan pendakian ke puncak Gunung Tahan

3-Perkampungan orang Sakai: peristiwa Tuan Robert ditawan oleh orang Sakai semasa sesat dan dibawa oleh orang sakai ke perkampungan mereka iaitu Kampung Harimau Putih.

4-Pondok perempuan tua: Peristiwa perempuan tua tinggal di pondok di perkampungan orang Sakai dan mengajar agama Islam kepada orang Sakai.

5-Puncak Gunung Tahan: Peristiwa Tuan William berjaya ke puncak gunung tahan yang terdapat pelbagai perkara yang aneh seperti teropong halus, beringin bercakap dan sebagainya. Di sini juga tempat pihak inggeris meledakkan bom dan menyebabkan tuan William akhirnya terbunuh.



LATIHAN

1) Apakah ganjaran yang akan diperoleh sekiranya Tuan William dan Tuan Robert berjaya mendapatkan puncak Gunung Tahan?

2) Bagaimana Tuan William mengetahui bahawa Tuan Robert telah diculik oleh orang Sakai?

3) Adakah Tuan Robert bergembira dengan pelantikan tersebut dan mengapa?

4) Bagaimana perempuan tua boleh berada bersama masyarakat Sakai?

5) Apakah tujuan Tuan Robert berbuat demikian dan kesannya kepada perempuan tua

6) Apakah ganjaran yang akan diperoleh oleh Ratu Bongsu sekiranya baginda menyerahkan puncak gunung Tahan tersebut kepada orang Inggeris?

7) Apakah yang dilihat oleh Tuan William melalui teropong ajaib itu?

Wednesday, August 27, 2008

LATIHAN KARANGAN UMUM BAHASA MELAYU

Anda boleh menjawab soalan-soalan berikut dan kemudiannya menghantar kepada saya melalui e-mel atau menghantar sendiri di dalam kelas pada masa mata pelajaran saya untuk permarkahan dan juga komen.

Arahan soalan:
Para pelajar diminta memilih hanya satu soalan karangan daripada senarai karangan di bawah dan kemudiannya menulis sebuah karangan dengan isi kandungannya melebihi daripada 350 patah perkataan.



1. Melancong sama ada di dalam negara atau di luar negara banyak memberikan faedah kepada pelajar. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Berikan pendapat anda.


2 . Kepincangan institusi kekeluargaan akan memberi kesan yang besar kepada kesejahteraan negara. Ulaskan pernyataan ini.


3. Peningkatan harga minyak global yang berterusan bakal menjejaskan kehidupan haraian penduduk dunia. Bincangkan.

4. Sekolah anda mencapai keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat negeri. Hal ini kerana pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai program untuk mencapai kejayaan tersebut. Anda ingin menceritakan program tersebut kepada seorang sahabat anda yang berada di negeri lain. Tuliskan surat anda selengkapnya.

5. “Bagai melepaskan batuk di tangga” bermaksud membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh. Tuliskan sebuah cerpen berdasarkan peribahasa tersebut.


CARA-CARA MENULIS KARANGAN APLIKASI KOMSAS

MENULIS KARANGAN APLIKASI KOMSAS

Saya akan memperjelaskan kepada anda kreativiti menulis karangan yang diaplikasikan melalui Komponen Kesusasteraan (KOMSAS). Lazimnya soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM meminta calon:

• Mengulas novel yang pernah dibaca
• Mengulas drama/teater yang pernah ditonton
• Menulis cerpen/drama berdasarkan petikan pendahuluan penutup
• Menulis cerpen berdasarkan peribahasa dan tema

Sebenarnya semua soalan ini adalah cukup mudah kerana anda semua telah biasa melihat membaca dan menganalisis cerpen mahupun novel yang telah anda pelajari. Anda pastinya telah didedahkan kepada aspek kajian kesusasteraan semenjak anda berada dalam tingkatan satu lagi.

Tambahan pula, anda telah mengikuti Program Nilam di peringkat sekolah anda. Bermakna dalam pengetahuan dan ingatan anda telah tersimpan beberapa buah novel yang dikarang oleh barisan penulis popular mahupun pengarang karya-karya besar.

Begitu juga, berdasarkan pengalaman anda yang telah menyaksikan sebuah pementasan teater mahupun drama secara langsung, contohnya pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang, P. Ramlee The Musical dan berbagai pementasan yang lain.

Manakala, filem-filem berkualiti arahan penggiat seni tanah air dan luar negara turut anda saksikan melalui tayangan pawagam mahupun di kaca televisyen. Jelas sekali bahawa “pembelajaran secara tidak langsung” telah anda lalui melalui media kesusasteraan.

Saya kemukakan panduan menulis karangan jika soalan tersebut meminta anda mengulas cerpen, novel, drama, dan filem yang pernah anda tonton. Teliti panduan berikut:

ULASAN KOMPONEN KESUSASTERAAN

-JUDUL KARYA
-PENGARANG/PENGARAH DAN TERBITAN
-TEMA
-PERSOALAN
-LATAR WATAK DAN PERWATAKAN
-TEKNIK PLOT
-GAYA BAHASA
-NILAI-NILAI MURNI
-PENGAJARAN

Berdasarkan analisis di atas, anda boleh memilih kekuatan aspek yang ada terdapat dalam karya yang diulas. Anda perlu ingat, bahawa anda perlu mengulas secara intelektual dan mendalam untuk menggambarkan bahawa anda “faham” apa yang anda tulis.

Anda juga harus menggunakan serba sedikit istilah-istilah kesusasteraan yang dipelajari seperti mesej, kata-kata puitis, plot cerita, klimaks, teknik monolog, watak protagonist dan berbagai-bagai lagi kosa kata untuk membuktikan adanya sentuhan komponen kesusasteraan pada kerja anda.

Sekiranya anda diminta untuk menghasilkan cerpen dan drama berdasarkan petikan mahupun tema, saya ingin mencadangkan beberapa perkara berikut sebagai panduan untuk anda menulis sebuah karangan yang mantap. Teliti panduan berikut:

TEKNIK MENULIS CERPEN DAN DRAMA

-JUDUL/KARYA
-TEMA
-KRONOLOGI PENCERITAAN
-TEKNIK PLOT
-PENGEMBANGAN WATAK
-GAYA BAHASA
-LATAR
-PENGAJARAN

Untuk memperhalus penulisan anda, setiap aspek komponen kesusasteraan harus diaplikasikan. Terutamanya dalam teknik plot, seharusnya karya anda ada pengembangan penceritaan dan disulami dengan kepelbagaian teknik dialog, monolog, imbas kembali serta teknik suspens.

Variasi inilah yang akan menunjukkan anda menghayati kerja anda tersebut. Maka penggunaan teknik menulis cerpen ini dapat mengelakkan anda daripada menulis seperti menulis sebuah catatan perjalanan. Ramai pelajar cuba menghasilkan cerpen ketika menjawab soalan peperiksaan, tetapi kualiti penghasilan mereka tidak mencapai piawaian sebuah cerpen yang sebenarnya.

Kesimpulannya, saya telah menunjukkan serba sedikit panduan menulis karangan aplikasi KOMSAS . Kebebasan mencanai idea dalam mengulas dan menulis karya merupakan peluang terbaik buat anda yang menghargai kesenian dan kebudayaan. Luahan suara hati anda dan pandangan anda perlulah disampaikan dengan penuh keikhlasan dan kewibawaan.

Selamat mencuba.

Sunday, August 24, 2008

MENJANA KUASA PENGGUNA
















Keperluan membentuk kesedaran dalam kalangan para pengguna demi memantapkan ekonomi negara adalah satu agenda yang berkepentingan tinggi dalam usaha kerajaan untuk melaksanakan suatu aliran “Pengguna Perkasa”. Jika pada suatu masa dahulu, penjual, pembekal atau pun pengilang boleh bertindak menaikkan harga sesuatu barangan di pasaran terutamanya apabila menjelang sesuatu musim perayaan mengikut suka hati mereka, hari ini dengan kesedaran dalam kalangan pengguna khususnya bahawa kekuatan sebenarnya berada dalam tangan pengguna sendiri, keadaan-keadaan seperti ini telah semakin berkurangan. Kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini, jika tidak dibendung dengan berkesaan akhirnya akan membahayakan ekonomi negara dan akibatnya masyarakat juga yang akan menanggung rugi.

Jika pengguna terasa ditipu dengan sesuatu produk, maka pengguna boleh bertindak memboikot barangan berkenaan. Tindakan ini akhirnya akan memberi kesan kewangan negatif kepada syarikat pembuat barangan berkenaan, dan ini akan memberi kesedaran kepada mereka tentang “Kuasa Pengguna”. Kesedaran dan keprihatinan ini perlu datang daripada para pengguna sendiri, contohnya apabila kita membeli tepung sekampit yang ditulis berat bersihnya 1 kilogram, adalah wajar bagi kita menimbang semula kampit tepung berkenaan dan memastikan bahawa berat bersih produk berkenaan adalah benar-benar 1 kilogram. Sebagai pengguna prihatin, kita juga perlu mengambil tahu dengan lebih teliti tentang barangan yang kita beli. Apakah ramuannya? Adakah bahan pewarna yang digunakan menepati syarat-syarat kesihatan pengguna seperti yang telah di tetapkan oleh kerajaan? Adakah produk berkenaan mengandungi MSG? Adakah produk itu benar-benar berstatus halal? Adakah harga jualannya menepati harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan? Ketika membeli belah, berapa ramaikah yang akan membelek-belek dan membaca setiap satu pek atau tin barangan yang hendak dibeli dan membuat perbandingan harga setiap produk yang dibeli? Isu-isu sebeginilah yang perlu menjadi perhatian para pengguna hari ini.

Fenomena kenaikan harga barangan keperluan ini bukanlah suatu masalah yang cuma berlaku di Malaysia sahaja, malahan telah menjadi suatu permasaalahan global hari ini. Pada Oktober 2007, rakyat Italy telah memboikot “Pasta” apabila harga makanan ini naik melebihi 20 peratus dalam masa seminggu. Hasil daripada tindakan ini pengeluar “Pasta” terpaksa akur kepada sentimen “Kuasa Pengguna” Italy, dan menurunkan semula kadar harga barangan berkenaan. Mekanisma penyebab kepada kenaikan harga barangan sememangnya berhubung kait rapat antara satu sama lain. Contohnya di Mexico, apabila permintaan meningkat untuk minyak bio-diesel yang dipanggil “Ethanol” yang dihasilkan daripada jagung, maka harga jagung di pasaran terus melambung dan ini menyebabkan timbulnya masalah bekalan jagung kepada penternak lembu tenusu yang juga memerlukan jagung sebagai makanan utama untuk haiwan ternakan mereka, ekoran ini harga susu, keju, mentega pula ikut naik di pasaran Mexico. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Pertanian dan Pemakanan Sedunia yang beribu pejabat di Brussels, harga pasaran makanan sedunia pada hari ini naik sebanyak 70 peratus berbanding dengan harga pada tahun 2000.

Hakikatnya pada hari ini, dengan meningkatnya taraf hidup bagi penduduk-penduduk di negara-negara membangun dunia yang besar seperti China dan India, maka permintaan dunia untuk barangan seperti gandum, beras, minyak masak dan bahan-bahan keperluan asas kehidupan yang lain akan terus juga meningkat. Faktor lonjakan harga minyak dunia juga bererti bahawa kos dalam proses pembuatan, penghantaran akan terus meningkat dan ini akan menyumbang kepada peningkatan harga barangan di pasaran. Faktor cuaca juga memainkan peranan yang penting bagi sektor penanaman sedunia. Permintaan bahan mentah seperti jagung, gandum dan lain-lain lagi untuk diproseskan menjadi bio-fuel atau ethanol adalah juga merupakan faktor penyumbang kepada kestabilan harga barangan pasaran.

Manusia memerlukan tiga perkara asas untuk kehidupan, i) makanan, ii) pakaian, iii) tempat tinggal. Akibat dari krisis bekalan makanan yang gagal dikawal, akan membawa kepada kemelut kenaikan harga bekalan makanan di pasaran dan ini akan akhirnya menyebabkan berlakunya inflasi kepada ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, pemantauan dan usaha berterusan perlu diperhebatkan lagi dalam usaha untuk menangani apa-apa jua krisis bersangkutan yang berkemungkinan akan timbul pada masa depan. Kita sebagai pengguna yang bijak adalah agen pemerhati harga barangan di pasaran yang paling efektif untuk membantu pihak kerajaan memantau pergerakan harga-harga pasaran. Selain itu, akta undang-undang perlindungan pengguna yang membawa kepada hukuman yang lebih drastik mestilah terus digubal demi untuk perlindungan jangka panjang pengguna.

Kementerian yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menjaga hal ehwal pengguna ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh kementerian terbabit demi untuk memastikan kebajikan pengguna benar-benar terjamin. Antara langkah-langkah berikut adalah:

Penubuhan Stok Penimbal Kebangsaan.
Penubuhan Majlis Harga Negara.
Larangan membawa keluar barangan kawalan dari Malaysia.
Memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pengguna tentang hak-hak mereka.
Penggubalan rang undang-undang “Akta Perlindungan Pengguna 1999”.
Penubuhan Mahkamah Tribunal Pengguna.
Menggerakkan secara aggresif sektor tani negara dan langkah membangunkan Sarawak
sebagai “Negeri Jelapang Padi Ke-dua Negara”.

Tindakan-tindakan ini telah berjaya mengawal kestabilan harga barangan di pasaran dan juga dengan bantuan padu beberapa agensi berwajib yang lain, telah dapat mengurangkan kadar aktiviti penyeludupan bahan makanan ke negara jiran. Hasil daripada pemantauan berterusan dan beberapa lagi langkah susulan proaktif kerajaan, kebajikan dan kesejahteraan kita sebagai pengguna telah dapat dimantapkan lagi. Dengan terlaksananya perubahan-perubahan kritikal ini, telah dapat membantu untuk memangkinkan lagi ekonomi negara. Justeru marilah kita sebagai pengguna bersama-sama memupuk kesedaran tentang hak-hak kita, langsung menjalankan tanggungjawab sosial kita dan juga memartabatkan diri kita sebagai “Pengguna Bestari”.

Bahan-bahan rujukan:
http://www.ppim.org.my/
http://www.kpdnhep.gov.my/
Majalah Dewan Ekonomi

MAKANAN KAEDAH KEJURUTERAAN GENETIK (GE)
















Makanan Kaedah Kejuruteraan Genetik (GE): Adakah Selamat Untuk Pengguna?

Isu makanan yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik atau pun “genetically engineered” ( GE ) bukan satu isu yang baru. Bagaimana pun isu berkenaan terus menarik kontroversi apabila dikaitkan dengan tahap keselamatannya terhadap kesihatan pengguna. Tinjauan yang dibuat oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan bahawa 92 peratus responden di Kanada menyatakan kebimbangan mereka berhubung dengan kesan jangka panjang kepada manusia, manakala 61 peratus responden di Britain menyatakan tahap kerisauan mereka terhadap makanan yang terhasil daripada kaedah kejuruteraan genetik.Kejuruteraan genetik adalah merupakan satu aktiviti utama di dalam bioteknologi. Tanaman yang telah terhasil melalui kaedah kejuruteraan genetik dikenali dengan pelbagai nama termasuklah tumbuhan kejuruteraan genetik, tumbuhan bio-kejuruteraan, organisma ubahsuai genetik, tanaman ubahsuai genetik atau pun tumbuhan bio-tek.

Memetik satu penulisan daripada Agensi Pemakanan Kebangsaan Amerika Syarikat (USFDA) yang bertajuk Sempadan Bioteknologi Mengikut Perspektif Kemanusiaan, tumbuh-tumbuhan kejuruteraan genetik pada mulanya dihasilkan supaya wujud perubahan terhadap juzuk kandungannya, atau keseluruhan makanan yang terhasil daripada penggunaannya, iaitu dari aspek kualiti dan komposisi nutrien yang dapat diperbaiki ataupun sekaligus dipertingkatkan lagi berbanding dengan tumbuh-tumbuhan tanaman organik. Sebagai contoh, terdapat peningkatan kandungan mineral dan antioksidan seperti karotenoid, flavanoid, Vitamin A, C dan E dalam tumbuh-tumbuhan jenis ini. Bahan-bahan ini membantu melambatkan atau menurunkan kadar proses pengoksidan di samping melambatkan kerosakan yang disebabkan tindak balas kimia. Hal ini bermakna sayur-sayuran dan buah-buahan yang dihasilkan melalui proses kejuruteraan genetik akan tahan lebih lama ketika di pasaran jika dibandingkan dengan sayur-sayuran atau buah-buahan yang terhasil melalui proses tanaman secara organik.

Namun begitu, penanaman secara komersil betik kejuruteraan genetik yang dilakukan dengan meluas di beberapa wilayah di Hawaii Amerika Syarikat pada sekitar awal tahun 2000 telah membawa kesan negatif kepada industri betik tanaman organik dan asli di sana. Begitu juga dengan penemuan ejen trans-gen (sejenis gen yang berpotensi untuk memusnahkan seluruh tanaman organik) dalam jagung hasil tanaman organik di Mexico yang dikatakan berpunca daripada lima hingga enam juta tan jagung yang dibeli dari Amerika Syarikat untuk dijadikan bantuan makanan kepada penduduk termiskin di Mexico.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh sebuah makmal di Jepun, gen asing yang digunakan sebagai agen proses pemula dalam kejuruteraan genetik mungkin boleh mengubah kandungan nutrien makanan dengan cara yang tidak dijangkakan. Misalnya mengurangkan kandungan sesetengah nutrien dan meningkatkan kandungan nutrien yang lain. Kerintangan terhadap antibiotik mungkin boleh berlaku kerana gen yang digunakan dalam sesetengah tanaman yang diubahsuai mungkin boleh memindahkan penyakit yang disebabkan oleh mikrob, ke dalam usus manusia atau haiwan yang menggunakan makanan kejuruteraan ginetik. Proses ini mungkin akan menyumbang kepada masalah perkembangan kesihatan umum kerana rintangan terhadap antibiotik ini akan akhirnya terpindah kepada manusia melalui pengambilan makanan yang terhasil melalui kaedah kejuruteraan ginetik.

Penemuan terbaru hasil kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa tanaman-tanaman ladang yang diubahsuai melalui proses kejuruteraan ginetik telah menunjukkan tahap kerintangan yang tinggi dan luarbiasa terhadap racun pemusnah tumbuhan seperti racun Herbisid, Pesticid dan lain-lain lagi. Kemungkinan jika dibiarkan, akan berlaku hubungan silang dengan spesies-spesies yang lain dan akan menghasilkan satu bentuk tanaman liar baru yang sukar untuk dimusnahkan. Keadaan ini sekaligus akan memerlukan kita mencipta racun yang lebih kuat untuk mengawalnya dan secara tidak langsung akan membahayakan alam sekitar kita.

Apabila menyentuh tentang isu ini, pelbagai pendapat dilontarkan daripada banyak pihak tentang kebaikan dan keburukan kejuruteraan genetik. Dengan anggaran daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa dunia perlu meningkatkan tahap pengeluaran makanan sebanyak 50% lagi menjelang tahun 2030 demi mengelak berlakunya krisis makanan yang lebih buruk, maka ada kemungkinnya juga bahawa penghasilan makanan melalui kaedah kejuruteraan genetik ini adalah salah satunya jalan keluar terbaik untuk mengatasi kemelut krisis bekalan makanan dunia hari ini. Seperti biasa pro dan kontra pasti menjadi noktah perbincangan tanpa ada pihak yang benar-benar dapat memastikan atau menjamin setiap makanan yang terhasil melalui kaedah kejuruteraan genetik adalah benar-benar selamat. Justeru sebagai pilihan kepada pengguna, kita perlulah mengikut panduan yang disediakan oleh kerajaan dan badan-badan yang berwajib di Malaysia mengenai isu ini.

Bahan-bahan rujukan:
www.usfda.org
http://www.who.org/
http://www.beritaharian.com.my/
http://www.nihhonshimbun.co.jp/

LILIN





















Di kala malam gelita,
Kutermangu-mangu dalam gelap,
Meraba-raba titian yang hilang,
Cuba mencari jalan keluar,
Tapi sayang,
Tiada dayaku,
Sejalur nur pun tidak sudi menjengah.

Di kala malam gelita,
Tikaku meraba-raba,
Lalu tersuluh suatu cahaya,
Menerangi sekelilingku,
Sinarnya meresap ke mataku,
Lalu turun ke kalbu.

Cahaya itu,
Sudah lama kucari,
Cahaya itu,
Sudah lama kunanti,
Terangnya lilin itu,
Mewarnai segenap ruang jiwaku.

Dengan lilin ini,
Dapatlah daku mengerti,
Ertinya gelap-gelita,
Maknanya terang-benderang,
Kian hari aku bersemangat,
Ditemani nurmu.

Dalam cahaya itu,
Kulihat kau amat mulia,
Sanggup membakar dirimu,
Untuk menerangi hidupku,
Tiada kau jemu,
Tiada kau mengeluh,
Tiada pun kau minta belas.

Tapi kusedar akan takdir,
Masanya sudah tiba,
Untuk aku pergi meninggalkanmu,

Namun,
Kumasih ingat cahayamu,
Kupasti genggam erat,
Segala apa yang kau tunjukkan,

Kepadaku,
Tiada dapat kulupakanmu,

Cuma satu pinta ku,
Doakan supaya kuberjaya,
Merentasi hidup ini

Sampai bila pun kukenang,
Kerana engkaulah,
Guruku.



Sumbangan karya Nadhir Nasir

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN - SIKAP BERJIMAT CERMAT DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA















Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu sediakan payung sebelum hujan.

Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.

Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.

Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.

VIDEO SANTAPAN ROHANI

MALANG TIDAK BERBAU - LANGKAH-LANGKAH MENGATASINYA

Dalam kesibukan negara mencapai taraf negara maju kelas pertama dalam era pembangunan dan pembinaan negara, jaringan lebuh raya dan lingkaran jalan raya di nusa tercinta ini sentiasa dititikberatkan oleh pihak kerajaan. Malaysia dikatakan memiliki kualiti jalan raya yang paling baik di rantau ini sebaliknya mencatatkan kadar kemalangan yang paling tinggi. Mengikut statistik Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), dalam tahun 2007 sahaja, lebih daripada 300 ribu kemalangan telah dicatatkan. Malang tidak berbau, tetapi bau malang boleh dielakkan. Jika dipandang enteng, nyawa modal insan negara bagai telur di hujung tanduk. Oleh itu, langkah-langkah drastik dan proaktif mestilah diambil oleh pihak berwajib untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya yang banyak meragut nyawa.

Kerajaan mestilah membuat anjakan paradigma dalam sistem pelaksanaan undang-undang keselamatan di jalan raya. Penguatkuasaan undang-undang seyogianya diiringi ketegasan melaksanakannya. Pihak berkuasa seperti polis trafik tidak boleh bertolak ansur waima berkompromi dalam menegakkan undang-undang. Penggubalan akta keselamatan mestilah diubahsuai mengikut keperluan semasa. Denda dalam lingkungan RM150 hingga RM300 tidak pernah meninggalkan bekas, terutamanya kepada golongan yang bermaharajalela di jalan raya. Oleh hal yang demikian, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jikalau pihak kerajaan menaikkan kadar denda dan saman, langkah ini dapat memberi pedoman kepada pengguna jalan raya agar lebih bermoral dan beretika semasa memandu.

Selain itu, Kementerian Dalam Negeri umpamanya mestilah diberi kuasa dan mandat untuk melaksanakan tugas. Sesiapa yang terlibat dalam tragedi kemalangan di jalan raya mestilah ditarik lesen pemanduannya. Sementara itu, sistem merit yang dijalankan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mestilah dipautkan dengan sistem Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar kedua-dua agensi kerajaan ini berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk melaksanakan hukuman terhadap pesalah laku lalu lintas yang membelakangkan nyawa insan lain. Pihak kerajaan sewajarnya memegang prinsip genggam bara api, biar jadi arang dalam usaha menjadikan laluan trafik di Malaysia bebas daripada kemalangan. Dengan langkah ini, imej negara di persada dunia dapat dipertingkatkan demi kemajuan pelbagai bidang yang diharap-harapkan.

Jika dikaji dari sudut pemilikan lesen memandu, rakyat Malaysia amat bertuah kerana sistem yang diguna pakai di sini masih longgar dan mudah. Sejak beberapa dasawarsa, proses pemilikan lesen memandu amat mudah dan longgar. Kelonggaran undang-undang yang dicemari gejala rasuah menyebabkan banyak nyawa insan tidak berdosa melayang dan sekali gus meranapkan harapan ibu bapa mangsa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. pihak berkenaan diharapkan dapat membuat pengubahsuaian terhadap silibus ujian pemanduan. Dengan pendekatan yang positif ini, rakyat yang berjaya memiliki lesen memandu setelah melalui proses kompleks dan sukar pasti lebih menghargai lesen yang berjaya dimiliki oleh mereka. Oleh sebab itu, sudah sampai masanya pihak PJP mengambil langkah proaktif untuk sama-sama menjadikan pemandu Malaysia lebih berkualiti.

Sebagai penutup wacana, kita harus sedar bahawa nyawa manusia tidak boleh dijual beli seperti di pasar raya. Oleh itu, pelaksanaan undang-undang yang bersesuaian dengan keperluan rakyat dan negara mestilah dilakukan dengan baik. Rakyat haruslah sedar akan prinsip biar lambat, asalkan selamat. Pemandu dan pengguna jalan raya sama-sama mendapat manfaat jika semua pihak bersepakat dalam ciri-ciri keselamatan di jalan raya. Rakyat merupakan penggerak kemajuan negara. Tanpa kemajuan, kita tidak dapat menikmati kehidupan yang lebih bermakna. Keselamatan anda di jalan raya ialah tanggungjawab semua pihak. Hal ini demikian kerana pandu cermat, jiwa selamat. Keselamatan di jalan raya dapat memastikan kita selamat berada di bumi bertuah ini untuk meneruskan kehidupan yang lebih bermakna demi keluarga, bangsa, dan negara.