Senarai Contoh Peribahasa/Cogan Kata menarik yang boleh anda gunakan dalam apa jua karangan anda atau sebarang jua bentuk perbualan/komunikasi anda. Maaf "font" yang berselerak. Kami mengguna pakai dua O/S "Windows XP & Windows 7". Anda boleh "copy paste" ke MS Words di komputer anda dan kemudian edit semula untuk memudahkan penggunaan anda kelak.
Abjad A
Ada asap, ada api:
Tidak boleh dipisahkan ada sebab maka ada juga puncanya.
Ada gula, adalah semut:
Tempat yang menjanjikan rezeki akan dikerumuni.
Ada udang di sebalik batu:
Mempunyai tujuan tersembunyi.
Alah bisa, tegal biasa:
Kerana sudah biasa maka tidak terasa susahnya.
Alang leher, minta disembelih:
Seolah-olah mengharapkan bencana/kesusahan.
Alang menyeluk pekasam,
biar sampai ke pangkal lengan:
Membuat sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh sehingga selesai kerja tersebut.
Ambil pati, buang hampas:
Ambil yang baik sahaja.
Api kecil baik dipadamkan:
Sesuatu yang buruk lebih baik diatasi pada peringkat awalan sebelum ianya menjadi lebih buruk lagi.
Api tatkala kecil menjadi kawan,
apabila besar jadi lawan:
Perkara yang baik boleh mendatangkan keburukan apabila terlalu banyak.
Aral melintang:
Halangan yang tiba menjelma.
Asam garam kehidupan:
Pengalaman hidup manusia.
| |
Ada jalan | Ada cara, ikhtiar, usaha |
Ada udang di sebalik batu | Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan |
Air muka | Permukaan air Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan) Maruah, harga diri |
Air seni | Hasil kerja seni (ada juga kegunaan lain – tapi cari sendiri lah) |
Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas | Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas |
Akar umbi | Akar tunjang Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti |
Alah bias tegal biasa | Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa mengalaminya |
Alah membeli menang memakai | Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat (tahan dan sebagainya) |
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan | Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan |
Ambil langkah | Mulai hendak berjalan Mulai bertindak |
Ambil berat | Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa |
Anak emas | Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa |
Asam garam | Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka) |
Ayam tambatan | Orang harapan |
Abjad B
Badan cergas, otak cerdas: Badan yang bertenaga dan sihat, akan dapat melahirkan pemikiran yang sempurna akalnya.
Bagai aur dengan tebing: Saling bantu membantu.
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan: Sesuatu yang wujud dengan banyak.
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya: Lazimnya perangai yang muda akan mencontohi (mengikuti) yang lebih tua darinya.
Bangkit hatinya: Menimbulkan keberanian dirinya.
Bapa borek, anak rintik: Perangai anaknya mengikut perangai bapanya. (Namun berhati-hati dalam penggunaan peribahasa ini).
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian:
Kesenangan akan tiba selepas kita telah bersusah payah mencari kejayaan.
Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul: Hanya orang yang mengalami sesuatu keadaan sahaja akan benar-benar mengetahui (kesusahan) mengenainya.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing: Berat kerja sama-sama diharungi dan kemudiannya kesenanangan pula akan sama-sama dikecapi.
Berganding bahu: Bekerjasama (tolong menolong).
Berpeluk tubuh: Tidak mahu memberikan pertolongan, hanya tunggu dan lihat sahaja.
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh: (Perlu saya bagi penerangan pada anda semua?)
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi: Untuk menjayakan sesuatu, kedua belah pihak perlu bersepakat dan bersama bertanggungjawab (kegunaan untuk ayat positif dan juga yang negatif).
Bidan terjun: Orang yang menggantikan tugas orang lain, selalunya untuk jangkamasa yang tidak tetap dan dilakukan dengan cara yang agak kucar-kacir.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali: Buat baik biarlah pada tempat yang betul dan dengan cara yang betul, buat jahat jauhkan sama sekali dalam kehidupan ini.
Bukan bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari: Kebenaran yang nyata akan dapat dilihat/dinilai oleh semua.
Bukan calang-calang: Bukan sebarangan/susah untuk ditandingi.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat: Kata sepakat akan membawa berkat.
Buta huruf: Orang yang tidak tahu membaca dan menulis (jika anda terjumpa seseorang begini, bantulah mereka sedaya-upaya anda agar mereka juga mampu membaca).
Bagaimana acuan begitulah kuihnya | Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka |
Bagai aur dengan tebing | Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan |
Bagai ayam disambat helang | Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa |
Bagai bulan dipagar bintang | Wajah perempuan yang cantik |
Bagai kaca terhempas ke batu | Sangat sedih |
Bagai kacang lupakan kulit | Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya) setelah menikmati kesenangan |
Bagai minyak dengan air | Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu |
Bagai murai dicabut ekor | Orang yang suka bercakap banyak |
Bagai cincin dengan permata | Sama padan, cocok benar |
Bagai menatang minyak yang penuh | Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna |
Baik sangka | Rasa muhibah, berniat baik Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang |
Banyak makan garam | Mempunyai banyak pengalaman hidup |
Batu loncatan | Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu |
Belut kena ranjau | Orang yang cerdik kena tipu |
Beradu nasib | Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan |
Beradu tenaga | Bertanding untuk menentukan siapa kuat |
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian | Bersusah payah dahulu baru bersenang-senang |
Berat mulut | Tidak suka berkata-kata, pendiam |
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing | Baik buruk sama-sama dipikul |
Berat tulang | Malas |
Berbalik hati | Berubah hati |
Berdiri sama tegak, duduk sama rendah | Sama taraf atau sejajar antara dua pihak |
Beri jalan | Memberikan idea Memberikan peluang kepada orang lain untuk mendapat keuntungan |
Berkatalah benar walaupun pahit | Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin menyakitkan hati seseorang |
Berkayuh sambil bertimba | Melakukan dua pekerjaan sekaligus |
Bermurah hati | Suka memberi, tidak kedekut Pengasih dan penyayang |
Berpeluk tubuh | Malas berusaha |
Berputih mata | Kalah dalam sesuatu persaingan |
Bersatu teguh, bercerai roboh | Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah |
Bersekutu bertambah mutu | Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan |
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi | Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi daripada satu pihak sahaja |
Bertikam lidah | Bertengkar |
Besar hati | Bangga, gembira |
Besar pasak daripada tiang | Besar belanja daripada pendapatan |
Biar mati anak, jangan mati adat | Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adapt yang dipegang terpelihara |
Bidan terjun | Orang yang diminta melakukan sesuatu perkara secara tiba-tiba |
Buah fikiran | Pendapat |
Abjad C
Calang orang: Bukan sebarangan, handal, hebat (macam Negarawan Tun Dr. Mahathir!)
Ceruk Rantau: Seluruh kawasan, merata daerah.
Conteng arang di muka: Memalukan diri sendiri.
Cacing kepanasan: Tak boleh duduk diam dalam kelas! Cacing!
Cahaya mata | Anak Kekasih, buah hati |
Cakap besar | Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri |
Campur tangan | Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal orang lain Terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain |
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga | Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai kerana perselisihan |
Celik computer | Arif, mahir atau tahu tentang computer |
Abjad D
Dalam tangan:
Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperolehi
Dapat sama laba, cicir sama rugi :
Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, maka keuntungan itu diberikan sama rata dan jika sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama
Darah daging:
Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah
Darah panas:
Pemarah, lekas marah
Darah seni:
Bakat semula jadi dalam bidang seni
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat:
Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan:
Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya
Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung:
Mematuhi peraturan di tempat yang didiami
Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari:
Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan
Durian rintuh:
Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka
Abjad E
Enggang lalu ranting patah:
Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah
Genggam bara biar sampai jadi arang:
Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti
Abjad G
Goyang kaki:
Bersenang-senang
Gunting makan di hujung:
Mencapai sesuatu dengan diam-diam
Abjad H
Habis madu sepah dibuang:
Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan
Hancur hati:
Sedih, putus asa
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama:
Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati.
Hati gajah sama di lapah, hati kuman sama dicecah:
Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sdikit sama-sama mendapat sedikit
Hati kecil:
Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya)
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih:
Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian sebaliknya
(Nota: pepatah ini berasal dari pedagang Arab "Hendak seribu daya, seribu ikhtiar, seribu doa").
Hidup segan mati tak mahu:
Orang yang hidup melarat
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri:
Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri sendiri
Abjad I
Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung:
Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan
Ibarat melukut di tepi gantang:
Tidak menolong kerana dirinya sendiri susah
Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang lain
Ilmu itu pelita hati:
Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan yang bijak
Abjad J
Jantung hati:
Orang yang dikasihi
Jauhari juga mengenal manikam:
Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara
Jauh berjalan luas pandangan:
Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya
Jinak-jinak merpati:
Perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi sebenarnya tidak
Abjad K
Kacang hantu:
Orang jahat
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang:
Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak makan)
Kaki joli:
Orang yang suka berfoya-foya
Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya:
Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga:
Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat sesuatu yang besar
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya:
Tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai:
Jika takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan
Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang:
Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni:
Bekerjasama melakukan sesuatu
Kecil hati:
Berasa tersinggung
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa:
Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja
Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan:
Menyatakan kasih atas nasihat atau pertolongan
Keras lidah:
Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul
Abjad L
Lain lubuk lain ikannya:
Lain negeri lain orangnya
Lemak manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dimuntahkan:
Yang nampak baik itu jangan terus diterima, dan yang nampak buruk itu jangan lekas ditolak
Lidah tidak bertulang:
Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya
Lupa daratan:
Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat kesenangan
Lintah darat:
Orang kaya yang menindas orang miskin dengan meminta bayaran tinggi daripada yang dihutangi
Abjad M
Makan angin:
Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih
Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut:
Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mencapai kejayaan
Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk kekandang kerbau menguak:
Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling
Mata hati:
Perasaan hati
Mati kutu:
Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea
Membaca jambatan ilmu:
Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan
Membanting tulang:
Bekerja keras
Membuka pekung di dada:
Mendedahkan keburukan diri sendiri
Menapak baru setapak, mendaki baru sekaki:
Baru hendak belajar sesuatu
Menangguk di air keruh:
Mencari keuntungan sementara ada kekacauan
Mencolok mata:
Menyakitkan pandangan
Mencari jalan:
Mencari ikhtiar, usaha dan idea
Mengangkat bendera putih:
Menyerah kalah
Menunggu buah yang tak gugur:
Mengharapkan sesuatu yang tak jelas
Abjad N
Nafas baru:
Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan keupayaan baru
Naik darah:
Menjadi marah
Nasi sudah menjadi bubur:
Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi)
Abjad O
Orang mengantuk disorongkan bantal:
Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki
Otak batu:
Bodoh
Otak cair:
Pandai
Abjad P
Padang jarak padang tekukur:
Padang atau tanah luas yang kosong
Panas baran:
Cepat marah, sangat pemarah
Pandai makan pandailah simpan:
Pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara:
Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa hadapan
Perang dingin:
Bergaduh dengan tidak bercakap
Pijak semut tak mati:
Perihal seorang yang baik lagi teratur
Pilih kasih:
Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan dan lain-lain
Pucuk dicita ulam mendatang:
Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan
Abjad R
Rezeki kalau secupak tidak akan jadi segantang:
Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi
Ringan mulut:
Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka bercakap
Ringan tulang:
Rajin bekerja, tangkas
Ringan tulang berat perut:
Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki
Rupa tidak dapat diubah, perangai dapat diubah:
Perangai seseorang dapat diubah sedangkan penampilannya dari segi fizikal tetap sama
Abjad S
Sambil menyelam minum air:
Sambil melakukan sesuatu perkara, ada perkara lain yang turut dilakukan
Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan:
Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong
Sediakan payung sebelum hujan:
Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik
Seperti api dalam sekam:
Sesuatu yang berlaku diam-diam
Seperti aur dengan tebing:
Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan
Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing:
Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja
Seperti kera sumbang:
Orang yang takut mencampuri orang ramai
Abjad T
Tajam akal:
Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik
Sudah terhantuk baru terngadah:
Sudah terkena baru beringat; orang yang lambat menyedari kesilapan
Tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas:
Kekal dan tidak berubah-ubah walaupun zaman berubah
Tangan kosong:
Tidak membawa apa-apa
Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia:
Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara
Tangkai jering:
Kedekut
Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan:
Kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti, barang yang tersedia dilepaskan
Tulang belakang:
Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan
Abjad U
Ukur baju dibadan sendiri:
Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita
Umpama biawak bercabang lidah:
Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya
Umpama lebah membuang sengat:
Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang
Abjad Y
Yang bulat datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang:
Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendirinya
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran:
Benda yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang ada pula hilang atau habis