Saturday, January 3, 2009

SELAMAT TAHUN BARU - 2009!

Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua pengunjung laman ini. Semoga tahun ini akan lebih bermakna. Kepada 55 orang calon PMR 2008 MSAB yang mendapat keputusan cemerlang, tahniah diucapkan. Jadikan pencapaian anda ini sebagai titik tolak untuk anda menggapai kejayaan yang lebih gemilang. Di samping itu, anda juga dialu-alukan ke laman ini untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang subjek Bahasa Melayu SPM. Selamat Maju Jaya!