Sesiapa pun akan tersentak apabila membaca laporan berhubung tunggakan kad kredit rakyat Malaysia sehingga Disember 2006 yang mencecah RM20 bilion ekoran gaya hidup gemar berhutang menggunakan kad kredit walaupun tidak mampu dari segi kewangan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turut menyuarakan kebimbangan berhubung kes muflis membabitkan anak muda akibat tabiat berbelanja menggunakan kad kredit melebihi kemampuan. Sikap rakyat Malaysia suka berhutang bukan sesuatu yang baru dan menghairankan. Saya tidak mahu pergi jauh dalam memperkatakan sikap suka berhutang cukup sekadar melihat senario mengapa orang suka berhutang dan implikasinya di depan mata.
Kita ambil contoh mudah dengan melihat senario graduan baru bekerja. Dengan usaha, pengetahuan dan tuah badan, kita andaikan graduan itu mendapat gaji RM2,000 sebulan (tidak termasuk graduan mendapat gaji tidak setimpal dengan kelulusan iaitu RM800 hingga RM1,200). Dengan gaji RM2,000, bermulalah kerjaya graduan sebagai eksekutif muda di bandar atau di kawasan pinggir bandar. Dengan semangat berkobar-kobar berserta iringan doa dan kata perangsang ibu bapa, bekerjalah eksekutif muda dengan azam membangunkan diri, membantu ibu bapa dan keluarga yang banyak berkorban.Tetapi selepas mengharungi hidup sebagai eksekutif muda dan terdedah dengan persekitaran kerja yang mencabar mental dan fizikal, perubahan demi perubahan positif dan negatif banyak mengubah hidup eksekutif muda sehingga perubahan itu menjerat diri dan kehidupan mereka sebagai individu, pekerja dan sebagai anak dalam keluarga iaitu hutang.
Bagaimana eksekutif muda ini boleh terdedah dengan hutang dan akhirnya hidup dikelilingi hutang? Marilah kita bersama-sama melihat situasi ini dengan lebih khusus dan telus (berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan):
Gaji: RM2,000 sebulan
Perbelanjaan:
Sewa rumah/bilik RM200 (berkongsi rumah dengan rakan)
Ansuran kereta RM300 (bergantung jenis kereta, kalau mahal maka tinggi ansuran bulanannya)
Duit minyak dan tol RM450 (anggaran perjalanan pergi dan balik kerja, tidak termasuk perjalanan lain)
Makan dan minum RM500
Sosial dan riadah RM300 (bersama rakan dan hal peribadi)
Bayaran bil RM200 (api, air, telefon, bil pelbagai)
Bayar kredit barang RM300 (hutang set hi-fi, TV, peti sejuk, dapur masak dan pelbagai barang elektrik)
Barang peribadi RM200 (tambah kad prabayar, barang kesihatan dan kecantikan, pakaian, kasut, aksesori diri bagi wanita, aksesori kereta dan tukar telefon bimbit)
Hal kecemasan RM100 (sakit, beri pinjam kawan, kereta rosak)
Simpanan RM100 (kerana memikirkan hendak kahwin, insuran kereta dan tunai haji)
Ini tidak termasuk dengan perintah bayar daripada pinjaman pelajaran mereka di universiti yang sering eksekutif muda ini ‘sengaja buat lupa’ tetapi tidak pernah lupa untuk bayar perbelanjaan berkaitan urusan peribadi mereka. Katakan eksekutif yang ‘memaksa diri’ bayar pinjaman secara minimum RM100, jadi berapa gaji bulanan mereka yang tinggal? Pendapatan RM2,000 sebulan dan perbelanjaan seperti di atas RM2,750. Bermakna eksekutif muda itu berhutang RM750 sebulan. Bayangkan bagaimana jika mereka bergaji RM1,000 hingga RM1,500 sebulan? Sudah tentu hutangnya lebih banyak.
Daripada contoh di atas, kita lihat tiada langsung baki gaji bulanan eksekutif itu, malah menunjukkan ketidakcukupan gaji setiap bulan iaitu RM750. Ini andaian bagi gaya hidup eksekutif yang paling minimum dengan kos hidup semasa. Cuba bayangkan jika eksekutif itu mengamalkan gaya hidup mewah yang langsung tidak sepadan dengan gaji bulanan yang diterima. Berapa agaknya kekurangan gaji yang perlu mereka hadapi setiap bulan. Itu tidak termasuk jika kita mempersoalkan duit yang perlu diberi kepada ibu bapa yang sentiasa berdoa agar anak mereka mampu memberi wang untuk membantu meringankan perbelanjaan keluarga. Lebih menyedihkan, anak yang diharapkan membantu keluarga selepas bekerja, meminta wang daripada ibu bapa dengan alasan kos hidup tinggi dan baki gaji bulanan tidak cukup. Ada juga memikirkan alternatif mendapatkan wang tanpa perlu meminjam duit ibu bapa atau rakan kerana malu akan dicap ‘muka subsidi’ akan menjadikan kad kredit sebagai ‘abang long’ mereka. Dengan pelbagai promosi yang menonjolkan gaya dan aura kad kredit sebagai satu gaya hidup bagi eksekutif muda masa kini, maka terpesonalah eksekutif yang sering putus wang untuk menggunakan kad kredit sebagai sumber kewangan alternatif mereka. Tanpa mereka sedari atau sengaja tidak sedar diri, kad kredit itulah yang menjadikan mereka terus berhutang dan akhirnya hutang melilit pinggang. Mengapa eksekutif muda ini berhutang? Persoalan ini bukannya susah untuk difahami tetapi tidak mudah dicari penyelesaiannya. Jawapannya terletak kepada 5 P:
Personaliti
Peribadi dan sikap seseorang yang sememangnya suka berhutang kerana sudah menjadi satu kebiasaan kepada dirinya melihat ibu bapa, adik-beradik dan saudara-maranya yang memang suka berhutang untuk memenuhi kehendak dan keperluan diri. Ibu dan kakaknya suka berhutang beli perabot, hutang kain, hutang pinggan mangkuk, hutang langsir sehinggalah beli alat solek pun dengan cara berhutang. Jadi budaya berbelanja melebihi pendapatan dan berhutang sudah jadi amalan biasa pada dirinya, malah mendapat sokongan padu daripada keluarga.
Pengaruh persekitaran
Hidup mereka sentiasa dikelilingi mereka yang menjadikan hutang sebagai gaya hidup malah rakan turut memberi galakan berhutang bagi membeli kereta yang kononnya setaraf dengan kerjaya sebagai eksekutif.
Promosi
Institusi kewangan dan yang berkaitan dengan kad kredit memang mensasarkan golongan muda dan bekerjaya sebagai pelanggan berpotensi dengan membuat promosi besar-besaran dan habis-habisan untuk menarik eksekutif muda ini menggunakan kad kredit. Pelbagai iklan dan mesej yang digunakan untuk ‘memaksa’ eksekutif ini menggunakan kad kredit. Kehadiran jurujual yang tidak pernah penat ‘senyum dan ketuk pintu pejabat’ memang menjadikan taktik promosi ini sebagai strategi menarik golongan muda menggunakan kad kredit.
Pujian dan perasan
Sebagai eksekutif muda, banyak pujian dan dorongan agar mereka terus kelihatan anggun, cantik dan bergaya selaras dengan umur muda dan kerjaya mereka. Disebabkan terlena dan perasan dengan pujian itu, maka berlumba-lumba eksekutif muda wanita dan lelaki membeli barang berjenama yang bukan murah harganya, falsafah mereka ‘biar papa asal bergaya’ menjadikan mereka akhirnya papa dan merana kerana muflis. Siapa yang perlu dipersalahkan jika keadaan ini berlaku? Tepuk dada tanya selera!
Tidak cukup duit
Selalu pokai atau tidak cukup duit kerana gaya hidup mewah menjadi fokus utama mengapa golongan muda banyak berhutang. Tidak salah memilih apa juga gaya hidup yang anda kehendaki, tetapi ukurlah baju di badan sendiri, jalan mana yang hendak anda lalui, jalan menuju kebahagiaan atau kesengsaraan. Tekanan fizikal dan mental seperti sukar tidur malam, keresahan, gangguan fikiran, panas badan, pening kepala, kekeruhan air muka, kelesuan, kemarahan dan pelbagai simptom fizikal yang akhirnya menjejaskan kreativiti, prestasi dan produktiviti pekerjaan anda yang baru mencipta nama dalam bidang yang ceburi.
Kesihatan merupakan nikmat Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam kehidupan kita semua. ramai orang yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memastikan kesihatan mereka berada pada tahap yang terbaik. Justeru, sikap mengambil berat tahap kesihatan perlu diamalkan agar kehidupan kita sejahtera.
Langkah utama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang pada setiap hari. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat seperti sayur-sayuran, ikan, daging, buah-buahan, dan sebagainya akan dapat menjamin kesihatan yang baik. Makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggiserta makanan yang tinggi kandungan gulanya seharusnya dihindari kerana ini mendedahkan seseorang kepada risiko menghidapi penyakit jantung,kencing manis dan darah tinggi.
Selain itu, kita perlu juga mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti beriadah dan melakukan senaman dan bersukan terutama jika kita tidak melakukan kerja berat. Dengan melakukan senaman yang konsisten dan rajin menjalankan aktiviti-aktiviti rekreasi serta bersukan, maka semua otot kit akan bergerak dan hal ini membolehkannya berfungsi dengan baik. Malah dengan melakukan aktiviti tersebut kita akan dapat mengurangkan ketegangan akibat beban tugas di pejabat atau di sekolah. Seperti yang disiarkan oleh televisyen dan radio, tiga kali seminggu dan 20 minit setiap sesi merupakan peruntukan masa yang paling efektif untuk masyarakat Malaysia menjalankan aktiviti senaman.
Akhirnya ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah dengan mempunyai rehat dan masa tidur yang cukup. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari selain berehat bagi mengekalkan kesihatan stabil. Orang yang tidak memperolehi rehat yang cukup tidak dapat melakukan kerja-kerja mereka dengan terbaik kemampuan mereka, malah mereka mudah berasa letih dan mudah jatuh sakit. Oleh itu sebaik-baiknya kita disarankan agar memperuntukkan sebanyak 8 jam sehari untuk berehat dan tidur.
Sebagai rumusan, seperti cogan kata “mencegah adalah lebih baik daripada merawat”, setiap daripada kita perlu menjaga kesihatan sendiri dengan terbaik mampu demi masa depan kita dan juga keluarga.
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu para pelajar menghayati dan memahami erti kemerdekaan dengan penuh keinsafan agar mereka mampu menggalas tanggungjawab dalam menjadikan kemerdekaan milik selama-lamanya.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran dalam perutusannya sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53 hari ini, mahu warga pendidik dan murid-murid bersatu hati serta berusaha mengekalkan kemerdekaan demi kemakmuran dan kegemilangan negara, tanpa mengira kaum dan warna kulit dan dengan semangat perpaduan jitu.
Katanya perjuangan dan pengorbanan tokoh dan pemimpin terdahulu seperti Panglima Rentap, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan wajar dihargai dan dihayati.
Muhyiddin berkata keberanian dan kecekalan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan itu wajar dihayati dan dihargai kerana sifat kepahlawanan mereka telah membawa kebebasan hari ini untuk mencorakkan masa depan negara tercinta.
"Telah tiba masanya untuk kita pula menyambung perjuangan mereka dalam mengekalkan keamanan dan kemerdekaan negara. Kita juga perlu mempertahankan kedaulatan tanah air kita ini dengan sebaik mungkin agar anak-anak dan generasi seterusnya akan turut dapat mengecapi kebebasan seperti mana yang kita miliki sekarang.
"Janganlah nanti kita pula yang menjadi penyebab kehilangan kebebasan ini untuk dinikmati oleh generasi masa hadapan,” katanya.
Muhyiddin berkata warga pendidik dan para pelajar harus bersyukur kerana negara tidak lagi dijajah sebagaimana dahulu dan berupaya menentukan pentadbiran negara sendiri.
Namun, katanya jika tidak berhati-hati dan asyik bertelagah, keharmonian dan kebebasan yang dinikmati pada hari ini tentunya tidak akan bertahan lama.
"Maka saya amat mengharapkan agar murid-murid sekalian selaku bakal pemimpin di masa hadapan dapat terus bersatu padu demi menjaga warisan kemerdekaan negara kita,” katanya.
Gagasan 1Malaysia yang digerakkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu usaha bersepadu bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan latar belakang, katanya.
Sejarah telah membuktikan bahawa perpaduan amat penting dalam usaha mengekalkan keamanan kerana apabila tidak ada semangat bersatu padu, bukan sahaja negara, bahkan tamadun hebat turut musnah sebagaimana terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan Dinasti Ming di China, katanya. - Bernama
Tarian Zapin adalah satu bentuk tarian yang semakin popular di Malaysia kini (terutamanya di negeri Johor Darul Ta’zim) dan di Indonesia (Provinsi Jambi). Tarian ini dipercayai telah diperkenalkan oleh pedagang Arab, serta kumpulan-kumpulan Muslim mubaligh dari Timur Tengah pada abad keempat belas masihi.
Di masa lalu, joget Zapin hanya dipersembahkan secara eksklusif untuk upacara keagamaan seperti upacara perkahwinan, dan hanya akan disertai oleh kaum lelaki tetapi selama bertahun-tahun lamanya kini Zapin telah menjadi suatu bentuk hiburan tradisional yang popular, dan penyertaan penari perempuan mula menjadi trend tarian kini.
Para penari biasanya akan tampil dengan iringan muzik tradisional biasanya terdiri daripada gambus, akordeon, rebab, marwas (bongos), dan rebana.
Ada pelbagai jenis zapin, dan setiap jenis bervariasi oleh gerakan dan gaya tari:
Mereka yang tergolong dalam umur 30-an dianggap masih muda dan dianggap kaya tetapi jelas miskin dalam hal menguruskan kewangan mereka. Pada usia muda mereka sekitar 30-an, mereka sudah begitu sarat dengan hutang dan mereka terpaksa mencari bantuan profesional untuk keluar dari belenggu hutang dan kebankrapan mereka.
Badan Kredit Kaunseling dan Pengurusan Hutang (AKPK), telah memberitahu bahawa 15% daripada lebih dari 39,600 orang yang telah mendaftarkan diri ke dalam program pengurusan hutang AKPK adalah dari mereka yang berada di bawah usia 30 tahun. Perkara ini boleh berlaku apabila banyak daripada golongan muda ini tadi terpalit dalam kancah ini akibat kurang memahami risiko penggunaan kad kredit, hutang peribadi, lebihan belanja dan gagal untuk mengamati peraturan-peraturan asas dalam pengurusan kewangan yang sihat.
Menurut AKPK, jika seseorang mengamalkan konsep pembayaran bulanan hutang mereka tidak melebihi 40% daripada pendapatan bersih bulanan mereka maka mereka akan mampu menguruskan kewangan dengan lebih baik dan teratur. Namun generasi muda ini seolah-olah hanyut dalam trend penggunaan kad kredit dan mengejar status kebendaan yang akhirnya hanya akan membinasakan mereka.
Sebagai permulaan, jika kita boleh mengurangkan perbelanjaan sebanyak 5% seminggu, maka kita boleh menyimpan sejumlah 20% lebihan pada akhir setiap bulan bulan dan akhirnya pada penhujung tahun kita telah berjaya menambahkan 240% penjimatan dalam perbelanjaan kita semua! Amalan sebegini akan membantu kita semua untuk menjadi individu yang arif dalam hal mengurus kewangan peribadi dan juga keluarga.
Mengikut statistik Bank Negara Malaysia, bahawa 50% daripada pemegang kad kredit yang telah di isytiharkan muflis adalah terdiri daripada individu berumur di bawah 30 tahun. Menurut undang-undang Kebankrapan 1967, tindakan muflis boleh digunakan terhadap mana-mana individu yang gagal membayar hutang bermula daripada jumlah RM30, 000.
Setelah disenaraikan muflis ternyata hidup akan menjadi sangat rumit kerana nama mereka akan termasuk kedalam senarai hitam di Pusat Rujukan Sistem Maklumat Kredit (CCRIS). Melalui sebaran maklumat data-induk CCRIS ini semua aplikasi mereka untuk pinjaman akan secara automatik ditolak.
Orang golongan dewasa muda adalah yang paling mudah terjebak ke dalam kancah hutang kerana mereka hidup di luar kemampuan mereka. Ketika mereka ini baru mula keluar bersosial setelah mendapat pekerjaan tetap, mereka sangat mudah dipengaruhi oleh gaya hidup teman-teman yang lain.
Mereka umumnya tidak menguruskan hal kewangan mereka dengan baik, mereka tidak merasakan sedikit pun mencubit ketika kad-kad kredit mereka bergeseran ketika membuat pembelian mereka, tetapi mereka akan merasa sakit dan azab pada akhir bulan.
Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, masyarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.
Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan bertanggungjawab kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu juga jaminan kewangan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata pepatah, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.
MEMETIK kata-kata yang pernah disuarakan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, rap dalam lagu-lagu moden merupakan sebahagian daripada kesenian kesusasteraan.
Kalau ada anak-anak muda yang gemarkan rap, kita tidak seharusnya bersikap prejudis kerana elemen kesusasteraan ada dalam genre muzik itu.
Kerana itu, apabila artis-artis popular tanah air yang memperjuangkan muzik pop mahu melibatkan diri dalam acara pembacaan puisi, ia tidak perlu dijadikan isu.
Sebaliknya, penyertaan anak-anak seni ternama dan berpengaruh itu dalam majlis pembacaan puisi harus diberi sokongan.
Seperti yang terjadi pada Malam Puisi Utusan Ke-13 (MPU13) di Laman Beringin, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu.
Penyertaan golongan artis seperti Suhaimi Meor Hassan, Azlan & Typewriter, Akim AF7, Sheila Abdul, Rozita Che Wan, Ultimate dan pelakon teater Uda dan Dara, Zulkifli Zain benar-benar memberi impak kepada penganjuran acara itu.
Bagaimanapun, MPU13 menjadi lebih bermakna dan akan terus dikenang sebagai majlis pembacaan puisi yang penuh nostalgia apabila A. Samad hadir sebagi tanda sokongan yang tidak berbelah bagi buat Utusan Melayu, bekas majikannya.
Kehadiran tokoh yang mesra disapa sebagai Pak Samad pada malam itu seakan mengembalikan nostalgia beliau terhadap organisasi media yang pernah memasyhurkan namanya.
Sebagai rekod, Pak Samad pernah menjadi wartawan Utusan Melayu pada tahun 1957 sehingga 1964.
Pada MPU baru-baru ini, nostalgia itu dikembalikan oleh Pak Samad kepada warga yang celik sastera dengan menyampaikan puisi Kepada Teman Lama Di Utusan.
"Puisi ini saya tulis sebagai tanda ingatan saya kepada teman-teman yang pernah sama-sama bertugas di Utusan Melayu.
"Biarpun saya bertugas di Utusan Melayu untuk tempoh yang sangat singkat iaitu pada tahun 1957 sehingga ke era berlakunya mogok, namun saya masih dikenang sebagai wartawan Utusan Melayu biarpun saya juga lama berkhidmat di Berita Harian," kata tokoh berusia 75 tahun yang masih kental cinta dan kasihnya pada lapangan kesusasteraan.
Bersama-sama Pak Samad pada malam itu ialah sembilan penyair lain yang hadir semata-mata mahu memperkasakan gelanggang kesusasteraan tempatan.
Nama-nama lain yang turut berhimpun pada MPU13 tempoh hari ialah penyair terkenal tanah air seperti Shukri Abdullah, Marsli N.O, Rajeshwary Sita Raman, HarlymYeo, Roslan Madun, Dr. Hamidah Abdul Hamid dan Pyanhabib.
Malam puisi itu juga memberi kelainan dengan kebanyakan puisi yang berkisah nasib dan penderitaan rakyat Palestin.
MPU13 dianjurkan Kumpulan Utusan dengan kerjasama Exxon Mobil, Astro, Perbadanan Filem Nasional (Finas) dan Istana Budaya. Program itu merupakan sebahagian program dalam minggu Sastera Utusan 2010.
Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani.
MPU13 diadakan bagi mengangkat agenda karya sastera, seni dan kebudayaan serta memartabatkan puisi dan lagu-lagu puisi tanah air.
Bagi pelakon wanita popular, Rozita Che Wan, peluang yang ditawarkan oleh Kumpulan Utusan kepadanya pada malam itu disifatkan sebagai satu penghormatan yang cukup besar.
Masakan tidak, penglibatannya dalam MPU13 baru-baru ini merupakan penyertaan pertama dalam gelanggang kesusasteraan selama menjadi anak seni.
Rozita yang pada awalnya gementar dan ragu-ragu dengan kewibawaannya membaca puisi hampir menarik diri.
"Mujur rakan-rakan di Utusan Melayu memberi saya motivasi dan membantu saya cara membaca puisi membuatkan keyakinan diri datang secara perlahan-lahan," kata Rozita yang mendeklamasikan puisi Gadis Di Pelabuhan tulisan Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang.
Pendaklamator yang paling menonjol pada malam MPU tempoh hari juga pastinya bekas wartawan Utusan Melayu, Pyanhabib.
Pyanhabib yang cukup aktif sebagai penggiat sastera menarik perhatian hadirin apabila membawa bersama komputer riba ketika menyampaikan puisi.
"Saya akan membaca puisi tanpa membawa kertas sebaliknya, saya akan melihat skrin komputer riba.
"Tujuan saya ialah untuk menjaga alam sekitar selain menyahut seruan kerajaan agar rakyat Malaysia menjadi warganegara yang celik IT," kata Pyanhabib sebelum mendeklamasikan puisi tulisannya Doa Saya Kepada Tuhan Untuk Palestin.
Gabungan 1Malaysia
Keunikan acara membaca puisi yang dianjurkan bersempena dengan penganjuran Minggu Sastera Kumpulan Utusan yang memasuki tahun ke-25 itu sebetulnya melibatkan penyertaan pelbagai kaum.
Ia sekali gus menterjemahkan aspriasi 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Penyertaan Harlem Yeo serta Raj Rajeswari Seetha Raman misalnya membuatkan 2,500 hadirin yang membanjiri Laman Beringin, IB kagum dengan penguasaan Bahasa Melayu serta keupayaanl membaca puisi kedua-dua penggiat sastera terkenal itu.
Benarlah puisi juga boleh menjadi alat yang mampu menterjemahkan emosi dalam diri segenap lapisan masyarakat.
Kedua-dua pendaklamator itu memilih menyuarakan keluh kesah dan kesedihan mereka berhubung kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin.
MPU 13 turut dimeriahkan dengan penyertaan penyanyi malar segar, Suhaimi Mior Hassan yang menyampaikan dua buah lagu, Misteri Cinta dan Kalau Berpacaran sebagai menutup acara.
Kehadirannya benar-benar menarik perhatian pencinta sastera kerana sudah lama benar kelibat Suhaimi tidak muncul di depan khalayak.
MPU13 akan menjadi satu detik yang indah untuk dikenang. Apa yang pasti, acara itu juga akan menjadi inspirasi buat Kumpulan Utusan menyebarluaskan lagi aspirasi memartabatkan kesusasteraan tanah air.
Novel ini bertemakan kegigihan seorang saudara baru yang mencari ibu kandung dan asal usulnya.
Fuad kehilangan ibu sejak kecil lagi. Namun, disebabkan perasaan kasih sayang dan rindu terhadap ibunya, Fuad berusaha gigih mencari pusara ibunya dan akhirnya Fuad berjaya bertemu ibunya yang masih hidup lalu menyatukan kembali hubungan kekeluargaan yang telah terpisah akibat perbezaan bangsa dan agama.
PERSOALAN
Kasih sayang terhadap keluarga – kasih sayang Fuad tidak berubah walaupun dia telah mengetahui Peter Lim sekeluarga bukanlah keluarga kandungnya.
Ketaatan kepada agama – Pak Ismail bertanggungjawab membimbing Fuad iaitu seorang saudara baru dengan mengajarnya bersolat dan mengaji al-Quran.
Tanggungjawab menjalankan tugas yang diamanahkan – Farhana melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dengan penuh rasa tanggungjawab. Walaupun Fuad hanya guru sandaran di sekolah yang sama dengan Farhana, tetapi Fuad menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi.
Keikhlasan dalam membeikan pertolongan – Fuad membantu Borhan membawa anaknya yang demam panas ke klinik walaupun sudah lewat malam.
WATAK/PERWATAKAN
Fuad/Joshua/Abdul Halim
27 tahun tinggi/segak/wajah Melayu anak kepada Robert Lim/Roslan dan Mariana guru sandaran di sekolah Menengah Seri Setia berpendidkan tinggi – Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Amerika Syarikat taat kepada perintah Allah – solat /mengaji bertanggungjawab menjalankan tugas yang diamanahkan gigih berusaha mencari ibu kandungnya tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup penyayang – sayang terhadap Sofia dan Farhana adiknya
Farhana
24 tahun guru bahasa Inggeris adik Fuad - anak kepada Mariana dan Fakharuddin cantik/kecil molek/berkulit cerah berpendidikan luar negeri – London tegas – menegur sikap guru-guru yang datang lewat dan menyusahkan pelajar bertanggungjawab terhadap ibunya yang sakit di Kuantan
Mariana
ibu Fuad (Abdul Halim) dan Farhana isteri Robert Lim dan Fakharudin menjadi gila meroyan setelah melahirkan anaknya Abdul Halim penyayang – tidak pernah melupakan Abdul Halim walaupun terpisah sejak bayi mengambil berat tentang perkembangan anak-anaknya
Robert Lim/Roslan
ayah kandung Fuad dan Sofia suami Mariana dan Susan ahli perniagaan di Kuala Lumpur bertanggungjawab – memasukkan wang berjumlah RM200 ribu untuk anaknya bengis – pekerja-pekerjanya menjadi mangsa kemarahan
Pak Ismail
bapa angkat Fuad suami mak Salmah taat perintah agama – rajin solat dan berjemaah di masjid pandai mengaji – mengajar Fuad mengaji penyayang – menjaga Mak Salmah dengan baik semasa isterinya sakit bertangunggjawab – memastikan Fuad menerima ajaran agama Islam secukupnya tidak berdendam – walaupun Fuad melarikan anak angkatnya Sofia
Mak Salmah
ibu angkat Fuad/Sofia penyayang – sangat sayang akan Sofia walaupun anak angkat sehingga jatuh sakit semasa Fuad melarikan Sofia sukar memaafkan orang lain – mengambil masa yang lama untuk memafkan Fuad rajin – menguruskan rumahtangga, mengusahakna tanah dan mengisi masa lapang dengan mengaji dan membaca buku-buku agama
LATAR Latar Tempat
Danau Seberang – tempat tinggal Fuad bersama-sama keluarga angkatnya Pak Ismail dan Mak Salmah Sekolah Menengah Seri Setia – tempat Fuad menjadi guru sandaran Kampung Sedili – Mariana tinggal bersama-sama kakak angkatnya Mariah selepas gila meroyan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan – tempat ibu Farhana dirawat kerana penyakit lelah
Latar Masa
Zaman pergolakan kaum Melayu-Cina (13 Mei 1969) – anak Mariana telah dilarikan oleh keluarga ayahnya tetapi gagal dijejaki kerana pihak polis bimbang keadaan akan menjadi semakin tegang. Pada waktu maghrib – Fuad pulang lewat dari hutan kerana mencari kayu api untuk kegunaan Mak Salmah. Waktu pagi – Fuad melapor diri sebagai guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia Waktu petang – Fuad ke Pantai Batu Buruk untuk menikmati keindahan alam Waktu malam – Borhan meminta pertolongan Fuad untuk mendapatkan rawatan bagi anaknya yang demam panas
Latar Masyarakat
Masyarakat yang tahu membalas jasa orang tua – Fuad membalas jasa Pak Ismail dengan membelikannya sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Ismail Masyarakat guru yang dedikasi – Cikgu Farhana menyusun program untuk meningkatkan prestasi pelajar di sekolahnya Masyarakat kampung yang prihatin – Fuad membawa anak Borhan ke bandar Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan Masyarakat yang mementingkan pendidikan – Cikgu Abas meminta Fuad membantu anak-anak muridnya dalam pelajaran bahasa Inggeris Masyarakat yang suka memburuk-burukkan orang lain – Cikgu Zamani tidak suka akan sikap Farhana dan menasihati Fuad agar tidak memilih Farhana sebagai isteri. Masyarakat yang reda dengan ketentuaan Ilahi – Fuad menerima hakikat tidak dapat berkahwin dengan Farhana kerana mereka adik beradik malah bersyukur Farhana dapat menggantikan tempat Sofia Masyarakat yang kuat berpegang kepada ajaran agama – Fuad rajin mengerjakaan solat walau di mana-mana dia berada Masyarakat yang menghormati tetamu – adik-adik Farhana menyediakan hidangan, kain pelekat dan tuala untuk Fuad yang datang ke rumah mereka.
PLOT
Permulaan
Menceritakan kisah Fuad yang pulang lewat dari hutan setelah keluar mencari kayu api untuk kegunaan Mak Salmah memasak air. Kelewatannya membimbangkan Mak Salmah dan Pak Ismail. Selesai solat maghrib, Fuad ke surau untuk solat isyak berjemaah. Fuad bercadang memulakan perniagaan dengan wang yang ada dalam akaunnya.
Perkembangan
Fuad mengenangkan kepulaangannya ke danau Seberang sejak setahun yang lalu selepas kematian Sofia, adiknya. Kemudian dia kembali ke rumah Pak Ismail untuk mendalami ilmu agama. Fuad juga ditawarkan guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia. Dia mengenali Farhana dan menjadi rakan yang akrab. Kesibukannya di sekolah tetap tidak melemahkan semangatnya untuk mencari saudara mara sebelah ibunya.
Konflik
Chin ke sekolah mencari Fuad. Fuad ke Lembah Klau untuk mencari pusara ibunya dan berjumpa dengan Pak Ngah Lias yang memberitahunya Fuad dilahirkan Islam dan diberi nama Abdul Halim manakala nama ayah Fuad ialah Roslan. Usaha mencari pusara ibunya semakin sukar apabila Fuad diberitahu bahawa ibunya masih hidup. Fuad bertemu Peter Lim dan Swee Lan untuk meminta bantuan mendapatkan barang-barang peninggalan ibunya untuk memudahkan pencarian.
Klimaks
Farhana pulang ke kampung kerana ibunya sakit dan dimasukkan ke hospital. Robert Lim dan Chin pergi ke Danau Seberang untuk menyerahkan cincin perkahwinannya dan gambar Mariana kepada Fuad. Setelah mendapat tahu Fuad ke Kuantan, mereka menyusul Fuad. Ketika di wad, Fuad terpandang fail pesakit ibu Farhana dan mendapati nama ibu Farhana ialah Mariana binti Osman yakni sama dengan nama ibunya. Robert Lim mengesahkan bahawa ibu Farhana ialah bekas isterinya dan juga ibu Fuad. Fuad terharu dengan pertemuan itu.
Peleraian
Fuad dan Farahana menerima hakikat bahawa mereka adik beradik. Fuad pulang ke Danau Seberang dan berjumpa Cikgu Abas untuk menceritakan keadaan sebenar. Fuad telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah selama setahun di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Fuad membawa ibu, Pak Ismail dan Mak Salmah ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Robert Lim turut datang ke lapangan terbang untuk menghantar mereka. Fuad juga mendapat berita gembira bahawa ayahnya, Robert Lim menyatakan hasratnya untuk ke Mekah.
TEKNIK PENCERITAAN
Dialog – Dialog Fuad dang Pak Mail ketika menyatakan hasratnya untuk membeli tanah milik Awang Sojar .
“Betul Pak Mail.” “Berduit engkau?” (m/s 18)
Monolog – Fuad bermimpi bertemu ibu kandungnya.
“Ibu!” keluhnya dalam gelap (m/s 13)
Monolog Dalaman – Fuad telah tamat belajar muqaddam, sudah kenal huruf dan tahu barisnya...Sememangnya dia terang hati, begitu fikir Ismail selalu (m/s 4)
Imbas kembali – Fuad terkenang semasa dia mula-mula menetap di Danau Seberang.
Hampir setahun lamanya dia mengambil waktu memulihkan keadaan selepas pulang tanpa membawa Sofia ke Danau Seberang (m/s 11)
Saspens – Fuad berdebar-debar apabila mendapati nama ibu Farhana sama seperti nama ibu kandungnya.
Sinkope – “Pak Mail tak suruh kau buat kerja-kerja tu semua Fuad. Lagipun Mak Mah kau... (m/s 3)
Penggunaan bahasa Inggeris & Arab - mentor mentee (m/s 46) dan alhamdulillah dan insya-Allah (m/s 40)
NILAI
Kegigihan – Kegigihan Fuad menjejak ibu kandungnya membuahkan hasil apabila apabila akhirnya Fuad berjaya bertemu dengan ibu kandungnya
Kasih sayang – Fuad menyayangi kedua-dua adik perempuannya iaitu Sofia dan Farhana
Berdedikasi – Fuad dan Farhana menjalankan tugas sebagai guru denan penuh dedikasi untuk meningkatkan prestasi para pelajar
Ketaatan kepada agama – Fuad melaksanakan tugasnya sebagai umat Islam walaupun merupakan saudara baru
Hormat menghormati – Pak Ismail menghormati tetamunya, Robert Lim walaupun pernah melukakan hati keluarganya.
Keikhlasan – Fuad membantu Borhan membawa anaknya yang sakit ke Kuantan untuk mendapatkan rawatan
PENGAJARAN
Kita hendaklah sentiasa menghargai dan menyayangi kedua-dua ibu bapa kita – Fuad menyayangi ibu dan menguruskan segala keperluan ibunya yang sakit lelah. Fuad juga tetap menyayangi bapanya biarpun sudah sekian lama tidak bertemu.
Kita hendaklah berusaha sehingga beroleh kejayaan – Fuad gigih meneruskan pencarian ibunya sehingga akhirnya dia dapat bertemu kembali dengan ibu kandungnya
Kita perlulah menghulurkan bantuan kepada golongan yang menghadapi kesususahan – Fuad menumpangkan Farhana apabila Farhana tidak mendapat tiket untuk pulang ke kampungnya
Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita – Fuad kesal dengan sikap Farhana yang menegur Cikgu Zamani dengan kasar tanpa menghiraukan perbezaan usia mereka
Kita mestilah mengerjakan suruhan Tuhan – Fuad tetap menunaikan solat walaupun menjadi musafir semasa dalam perjalanan pulang ke kampung.
Penggunaan telefon bimbit semakin popular dalam kalangan remaja. Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan boleh mengganggu kehidupan manusia dan remaja itu sendiri.Sila berikan pendapat anda tentang peranan yang patut dimainkan oleh ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja kini.
Tugasan: Menjelaskan peranan yang patut dimainkan oleh ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja supaya penggunaannya tidak akan mengganggu kehidupan remaja dan orang lain seperti dari segi rutin, pergaulan, pelajaran dan kesihatan.
Jenis Soalan: Pendapat.
Format: Tiada Isi: i) Mendidik remaja agar menggunakan telefon bimbit dengan betul. ii) Menetapkan tempoh masa maksimum yang boleh digunakan oleh remaja. iii) Membeli telefon yang agak sederhana sahaja nilainya untuk remaja.
Contoh Karangan
Penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu trend dalam kalangan remaja. Meskipun telefon bimbit bukanlah alat keperluan mereka, mereka masih ingin memilikinya kerana pemilikan telefon bimbit akan melambangkan status. Oleh sebab remaja masih belum matang fikirannya, penggunaan telefon bimbit kadangkala mungkin menjejaskan kehidupan remaja itu sendiri kerana leka dengan hantaran khidmat pesanan ringkas (SMS), permainan internet yang dapat dimuaturunkan kedalam telefon bimbit dan berborak-borak dengan kawan. Pernah beberapa kali berlaku bil telefon bimbit remaja yang masih bersekolah telah mencecah ribuan ringgit. Selari dengan risiko penggunaan telefon bimbit, tindakan yang bijak perlu diambil untuk menangani penyakit ini sebelum remaja menjadi hamba kepada telefon bimbit ini.
Pada pandangan saya, ibu bapa perlu menggalas kewajipan untuk mendidik remaja supaya menggunakan telefon bimbit dengan betul. Telefon bimbit tidak boleh dibawa oleh remaja ke sekolah atau ke pusat tuisyen. Selain mengehadkan tempat penggunaan telefon bimbit, status pemilikannya perlu juga dibataskan, umpamanya ibu bapa berkongsi sebuah telefon bimbit dengan remaja. Dengan usaha ini, ibu bapa dapat memantau penggunaan telefon bimbit tersebut dengan melihat rekod panggilannya. Tujuan penggunaan telefon bimbit juga perlu dijelaskan kepada remaja. Penerimaan SMS atau membuat panggilan telefon di tempat yang tiada kemudahan telefon awam sahaja dibenarkan penggunaannya. Usaha ini perlu diambil kerana remaja suka menggunakan telefon bimbit untuk bercerita dan berborak-borak dengan rakan. Keseronokan bersembang menerusi telefon bimbit dan bersahabat dengan kawan yang tidak pernah ditemui akan menjejaskan tumpuan remaja terhadap pelajaran dan rutin kehidupan. Begitu juga dengan kesibukan meladen SMS yang dihantar oleh kawan. Dengan kata lain, ibu bapa hendaklah mendidik remaja tentang kesesuaian penggunaan telefon bimbit supaya telefon bimbit tidak disalahgunakan oleh remaja.
Ternyata semua telefon bimbit mengandungi gelombang radioaktif. Bercakap terlalu lama di telefon bimbit adalah tidak baik kepada kesihatan. Gelombang radioaktif daripada telefon bimbit akan memasuki sel otak semasa percakapan. Lantaran itu ibu bapa mestilah mengambil tindakan yang wajar demi untuk "mencegah sebelum parah". Untuk menangani masalah penggunaan telefon bimbit yang terlampau kerap, ibu bapa perlu bijak dan berhati-hati seperti "menarik rambut di dalam tepung". Sikap ini wajar diambil agar tidak menimbulkan sebarang konflik antara remaja dengan ibu bapa. Nasihat yang lemah lembut dan penerangan tentang mudarat telefon bimbit ke atas kesihatan perlu dilakukan dengan baik sebelum ibu bapa membelikan remaja telefon bimbit. Melainkan dalam keadaan terdesak dan terpaksa, remaja tidak boleh di benarkan membuat panggilan telefon melebihi tempoh masa atau bilangan kali sehari yang telah ditetapkan oleh ibu bapa.
Disebabkan keghairahan dan keseronokan memiliki telefon bimbit, remaja akan mencuba segala kemudahan yang disediakan di dalam telefon tersebut. Semakin mahal telefon bimbit, semakin canggih teknologi dan jumlah fungsi yang dapat digunakannya. Langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh ibu bapa sebelum membeli telefon bimbit untuk remaja. Elakkan membeli telefon yang mengandungi fungsi GPRS yang membolehkan permainan komputer di internet dimuaturunkan ke dalam telefon bimbit. Jika tidak remaja akan asyik dengan permainan tersebut sehingga pelajaran di sekolah turut diabaikan. Mereka akan bermain sehingga ke larut malam dan mengantuk pada siang hari sedangkan ibu bapa membentak kerana terpaksa menanggung bil yang mahal. Oleh hal yang demikian, pendirian ibu bapa hendaklah teguh dalam penentuan jenis telefon bimbit dan juga kenis perkhidmatan yang boleh dimiliki oleh remaja.
Sebagai rumusannya, ibu bapalah yang perlu menyelamatkan remaja daripada ketagih kepada telefon bimbit. Memandangkan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja lebih mengarah kepada status dan bukannya satu keperluan, ibu bapa berhak mengawal penggunaan telefon bimbit. Jika tidak, pelbagai masalah yang tidak diingini akan wujud sebaik sahaja remaja mula menggunakan telefon bimbitnya. Kita sebagai manusia sepatutnya menjadi tuan kepada alat teknologi dan bukanlah sebaliknya.
Khazanah kata:
Trend: arah aliran (terkini) Status: kedudukanMencecah: mencapai, menyentuh Menggalas kewajipan: memikul tanggungjawab Meladen: melayan, membalas Konflik: pertentangan antara individu Mudarat: kesan buruk
Arahan: Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Selendangmu mengibar di pantai
menyambut tetamu pulau
setiamu menjadi lagu
nyanyian ombak pagi
rambutmu menjadi jalur hitam
terapung di laut malam
air matamu dingin embun
jatuh di tujuh telaga
dendam tujuh keturunan
melengkung tujuh tanjung
putihlah pulau ini
disimbah darah suci
Mahsuri
sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi
kerana tanpamu
Langkawi tidak sebegini.
Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup
dia hanya bermula dengan
khayalan seorang seniman
pun kata orang Mahsuri pernah hidup
tetapi bahasa seorang pencerita
membuat dia lebih hidup dari kehidupannya
sastera yang mewarnai tanah air
kerana tanpa Mahsuri
Langkawi tidak sebegini bererti.
Mahsuri membesarkan Langkawi
sastera membesarkan tanah air.
Sebuah sajak yang sangat indah ciptaan Zurinah Hassan
(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
Soalan latihan:
1)Berikan maksud rangkai kata disimbah darah suci dalam sajak ini.
2)Sekiranya anda menjadi pemimpin di Pulau Langkawi, apakah usaha yang akan anda lakukan untuk memajukan lagi sektor pelancongan pulau tersebut? Sila berikan empat usaha yang bakal anda lakukan.
3)Berdasarkan sajak “Mahsuri”, nyatakan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.
4)Jika anda pernah bercuti di Pulau Langkawi, apakahtempat paling indah yang pernah anda lawati disana?
Anda boleh melayari pautan dibawah ini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang percutian di pulau Mahsuri ini.
Sila klik di sini untuk artikel asal di Utusan Malaysia.
JOHOR BAHRU 17 Mei - Seramai 130 warga pendidikan di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) di sini diraikan dalam majlis Sambutan Hari Guru 2010 dengan acara kemuncaknya menyaksikan majlis memotong kek sepanjang 60 meter.
Majlis yang diadakan di Dewan MSAB itu didahului dengan perutusan Hari Guru yang disampaikan oleh Pengetua MSAB, Zulkipli Mahmood.
Pengerusi Ahli Jawatankuasa Induk dan Pelaksana, Norfariza A. Kadir berkata, idea membuat kek yang terdiri daripada cantuman 100 biji kek itu dicetuskan oleh para pelajar sekolah berkenaan.
"Kami mengambil inisiatif itu untuk menjayakan sambutan Hari Guru dengan cara yang lebih unik dan menarik. Secara kebetulan sambutan hari tersebut kali terakhir bagi Pengetua yang akan bersara awal tahun depan.
"Kami mendapat kerjasama daripada Season Confectionary & Bakery Sdn. Bhd. yang menaja kos membuat kek berharga kira-kira RM10,000 itu," katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis itu di sini hari ini.
Jelas Norfariza, sebagai tanda sayang dan menghargai insan bernama guru, para pelajar turut menyumbang RM2 seorang bagi membiayai kos kek berkenaan.
Sementara itu, Pengurus Pemasaran dan Jualan Season Confectionary & Bakery, Caren Tan berkata, pihaknya terpanggil melaksanakan tanggungjawab sosial dengan memilih MSAB untuk merealisasikan hasrat murni itu.
Menurutnya, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 jam melibatkan 10 petugas bagi menyiapkan 100 biji kek span berperisa vanila itu dengan setiap satu seberat 1.6 kilogram.
Guru adalah awan indah terbang rendah, melimpahkan hujan pada musim gersang, menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah; ia renjis embun pada tanah bakat, suara ihsan ketika manusia kalah, sepi yang syahdu dalam dunia resah.
Guru - atap ganti ketika pondok bocor, ketika sejarah dalam bilik darjah, senyum penyembuh bagi wabak sengsara, ia - sungai rangsang sentiasa tenang, menghantar bahtera ke segara dharma, memesan angin menghikmahkannya.
Guru adalah penelaah yang tekun, mewariskan dunia sebagai kutubkhanah, menyediakan kutubkhanah sebagai dunia, ia mengemudi biduk, melepaskannya, atas lambungan laut, merangsangkan manusia menyelami rahsia khazanahnya.
Guru - minda segar dan kukuh akar, menghidupkan batin yang bersih di daerah dunia cemar kasih, dan pada ketika tak tersangkakan, walau diambilnya kembali semua buku, sempat ditinggalkan asas ilmu.
Guru adalah batin suci hati nurani, penjunjung budi, manusia yang takwa, obor hemah kehidupan bangsa.
A. SAMAD SAID 2 APRIL 1988
SELAMAT HARI GURU!
Buat anak-anak didik cikgu: Belajarlah bersungguh-sungguh;semoga terus berjaya!
Senarai Contoh Peribahasa/Cogan Kata menarik yang boleh anda gunakan dalam apa jua karangan anda atau sebarang jua bentuk perbualan/komunikasi anda. Maaf "font" yang berselerak. Kami mengguna pakai dua O/S "Windows XP & Windows 7". Anda boleh "copy paste" ke MS Words di komputer anda dan kemudian edit semula untuk memudahkan penggunaan anda kelak.
Abjad A
Ada asap, ada api:
Tidak boleh dipisahkan ada sebab maka ada juga puncanya.
Ada gula, adalah semut:
Tempat yang menjanjikan rezeki akan dikerumuni.
Ada udang di sebalik batu:
Mempunyai tujuan tersembunyi.
Alah bisa, tegal biasa:
Kerana sudah biasa maka tidak terasa susahnya.
Alang leher, minta disembelih:
Seolah-olah mengharapkan bencana/kesusahan.
Alang menyeluk pekasam,
biar sampai ke pangkal lengan:
Membuat sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh sehingga selesai kerja tersebut.
Ambil pati, buang hampas:
Ambil yang baik sahaja.
Api kecil baik dipadamkan:
Sesuatu yang buruk lebih baik diatasi pada peringkat awalan sebelum ianya menjadi lebih buruk lagi.
Api tatkala kecil menjadi kawan,
apabila besar jadi lawan:
Perkara yang baik boleh mendatangkan keburukan apabila terlalu banyak.
Aral melintang:
Halangan yang tiba menjelma.
Asam garam kehidupan:
Pengalaman hidup manusia.
Ada jalan
Ada cara, ikhtiar, usaha
Ada udang di sebalik batu
Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan
Air muka
Permukaan air
Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan)
Maruah, harga diri
Air seni
Hasil kerja seni (ada juga kegunaan lain – tapi cari sendiri lah)
Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas
Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas
Akar umbi
Akar tunjang
Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh
Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti
Alah bias tegal biasa
Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa mengalaminya
Alah membeli menang memakai
Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat (tahan dan sebagainya)
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya
Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan
Ambil langkah
Mulai hendak berjalan
Mulai bertindak
Ambil berat
Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa
Anak emas
Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa
Asam garam
Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka)
Ayam tambatan
Orang harapan
Abjad B
Badan cergas, otak cerdas: Badan yang bertenaga dan sihat, akan dapat melahirkan pemikiran yang sempurna akalnya.
Bagai aur dengan tebing: Saling bantu membantu.
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan: Sesuatu yang wujud dengan banyak.
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya: Lazimnya perangai yang muda akan mencontohi (mengikuti) yang lebih tua darinya.
Bangkit hatinya: Menimbulkan keberanian dirinya.
Bapa borek, anak rintik: Perangai anaknya mengikut perangai bapanya. (Namun berhati-hati dalam penggunaan peribahasa ini).
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian:
Kesenangan akan tiba selepas kita telah bersusah payah mencari kejayaan.
Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul: Hanya orang yang mengalami sesuatu keadaan sahaja akan benar-benar mengetahui (kesusahan) mengenainya.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing: Berat kerja sama-sama diharungi dan kemudiannya kesenanangan pula akan sama-sama dikecapi.
Berganding bahu: Bekerjasama (tolong menolong).
Berpeluk tubuh: Tidak mahu memberikan pertolongan, hanya tunggu dan lihat sahaja.
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh: (Perlu saya bagi penerangan pada anda semua?)
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi: Untuk menjayakan sesuatu, kedua belah pihak perlu bersepakat dan bersama bertanggungjawab (kegunaan untuk ayat positif dan juga yang negatif).
Bidan terjun: Orang yang menggantikan tugas orang lain, selalunya untuk jangkamasa yang tidak tetap dan dilakukan dengan cara yang agak kucar-kacir.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali: Buat baik biarlah pada tempat yang betul dan dengan cara yang betul, buat jahat jauhkan sama sekali dalam kehidupan ini.
Bukan bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari: Kebenaran yang nyata akan dapat dilihat/dinilai oleh semua.
Bukan calang-calang: Bukan sebarangan/susah untuk ditandingi.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat: Kata sepakat akan membawa berkat.
Buta huruf: Orang yang tidak tahu membaca dan menulis (jika anda terjumpa seseorang begini, bantulah mereka sedaya-upaya anda agar mereka juga mampu membaca).
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka
Bagai aur dengan tebing
Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan
Bagai ayam disambat helang
Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa
Bagai bulan dipagar bintang
Wajah perempuan yang cantik
Bagai kaca terhempas ke batu
Sangat sedih
Bagai kacang lupakan kulit
Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya) setelah menikmati kesenangan
Bagai minyak dengan air
Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu
Bagai murai dicabut ekor
Orang yang suka bercakap banyak
Bagai cincin dengan permata
Sama padan, cocok benar
Bagai menatang minyak yang penuh
Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna
Baik sangka
Rasa muhibah, berniat baik
Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang
Banyak makan garam
Mempunyai banyak pengalaman hidup
Batu loncatan
Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu
Belut kena ranjau
Orang yang cerdik kena tipu
Beradu nasib
Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan
Beradu tenaga
Bertanding untuk menentukan siapa kuat
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Bersusah payah dahulu baru bersenang-senang
Berat mulut
Tidak suka berkata-kata, pendiam
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Baik buruk sama-sama dipikul
Berat tulang
Malas
Berbalik hati
Berubah hati
Berdiri sama tegak, duduk sama rendah
Sama taraf atau sejajar antara dua pihak
Beri jalan
Memberikan idea
Memberikan peluang kepada orang lain untuk mendapat keuntungan
Berkatalah benar walaupun pahit
Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin menyakitkan hati seseorang
Berkayuh sambil bertimba
Melakukan dua pekerjaan sekaligus
Bermurah hati
Suka memberi, tidak kedekut
Pengasih dan penyayang
Berpeluk tubuh
Malas berusaha
Berputih mata
Kalah dalam sesuatu persaingan
Bersatu teguh, bercerai roboh
Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah
Bersekutu bertambah mutu
Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi daripada satu pihak sahaja
Bertikam lidah
Bertengkar
Besar hati
Bangga, gembira
Besar pasak daripada tiang
Besar belanja daripada pendapatan
Biar mati anak, jangan mati adat
Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adapt yang dipegang terpelihara
Bidan terjun
Orang yang diminta melakukan sesuatu perkara secara tiba-tiba
Buah fikiran
Pendapat
Abjad C
Calang orang: Bukan sebarangan, handal, hebat (macam Negarawan Tun Dr. Mahathir!)
Ceruk Rantau: Seluruh kawasan, merata daerah.
Conteng arang di muka: Memalukan diri sendiri.
Cacing kepanasan: Tak boleh duduk diam dalam kelas! Cacing!
Cahaya mata
Anak
Kekasih, buah hati
Cakap besar
Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri
Campur tangan
Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal orang lain
Terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai kerana perselisihan
Celik computer
Arif, mahir atau tahu tentang computer
Abjad D
Dalam tangan:
Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperolehi
Dapat sama laba, cicir sama rugi :
Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, maka keuntungan itu diberikan sama rata dan jika sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama
Darah daging:
Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah
Darah panas:
Pemarah, lekas marah
Darah seni:
Bakat semula jadi dalam bidang seni
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat:
Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan:
Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya
Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung:
Mematuhi peraturan di tempat yang didiami
Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari:
Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan
Durian rintuh:
Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka
Abjad E
Enggang lalu ranting patah:
Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah
Genggam bara biar sampai jadi arang:
Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti
Abjad G
Goyang kaki:
Bersenang-senang
Gunting makan di hujung:
Mencapai sesuatu dengan diam-diam
Abjad H
Habis madu sepah dibuang:
Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan
Hancur hati:
Sedih, putus asa
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama:
Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati.
Hati gajah sama di lapah, hati kuman sama dicecah:
Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sdikit sama-sama mendapat sedikit
Hati kecil:
Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya)
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih:
Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian sebaliknya
(Nota: pepatah ini berasal dari pedagang Arab "Hendak seribu daya, seribu ikhtiar, seribu doa").
Hidup segan mati tak mahu:
Orang yang hidup melarat
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri:
Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri sendiri
Abjad I
Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung:
Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan
Ibarat melukut di tepi gantang:
Tidak menolong kerana dirinya sendiri susah
Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang lain
Ilmu itu pelita hati:
Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan yang bijak
Abjad J
Jantung hati:
Orang yang dikasihi
Jauhari juga mengenal manikam:
Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara
Jauh berjalan luas pandangan:
Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya
Jinak-jinak merpati:
Perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi sebenarnya tidak
Abjad K
Kacang hantu:
Orang jahat
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang:
Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak makan)
Kaki joli:
Orang yang suka berfoya-foya
Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya:
Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga:
Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat sesuatu yang besar
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya:
Tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai:
Jika takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan
Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang:
Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni:
Bekerjasama melakukan sesuatu
Kecil hati:
Berasa tersinggung
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa:
Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja
Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan:
Menyatakan kasih atas nasihat atau pertolongan
Keras lidah:
Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul
Abjad L
Lain lubuk lain ikannya:
Lain negeri lain orangnya
Lemak manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dimuntahkan:
Yang nampak baik itu jangan terus diterima, dan yang nampak buruk itu jangan lekas ditolak
Lidah tidak bertulang:
Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya
Lupa daratan:
Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat kesenangan
Lintah darat:
Orang kaya yang menindas orang miskin dengan meminta bayaran tinggi daripada yang dihutangi