BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :
- mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
- memelihara satu cara hidup demokratik ;
- mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
- menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
- membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
- KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
- KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
- KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Pendahuluan
Salah satu daripada naluri semulajadi manusia ialah ingin hidup berkelompok dan bermasyarakat. Maka untuk memastikan tercapainya hasrat tersebut manusia berusaha dengan sedaya upaya agar kehidupan bermasyarakat tersebut terlaksana sepertimana yang dikehendaki dan diimpikan mereka. Maka juga mahu atau tidak mahu mereka akan terpaksa mengenepikan beberapa kepentingan diri sendiri demi untuk mencapai matlamat murni bermasyarakat. Sikap murni ini juga dipanggil toleransi.
Walau bagaimanapun, disebabkan juga oleh lagi satu naluri semulajadi, iaitu kelemahan manusia sendiri maka seringkali tercetusnya juga permusuhan, perkelahian dan adakalanya sehingga membawa kepada peperangan. Permusuhan dan peperangan sering terjadi sekalipun dalam satu keluarga, bangsa dan juga seagama. Permusuhan dan peperangan tercetus apabila kesabaran sudah tidak dapat dipertahankan dan apabila godaan kebendaan, keegoan dan kepentingan diri sendiri mula menguasai fikiran seseorang.
Sebenarnya tidak ada kebaikan yang dapat dihasilkan menerusi permusuhan dan peperangan. Peperangan merosakkan harta benda, memusnahkan segala kemudahan yang telah sedia ada, memutuskan silaturahim, di samping banyak melahirkan orang-orang yang cacat, yatim piatu. Malah bagi sesuatu bangsa, peperangan dan permusuhan akan melemahkan bangsa itu sendiri sekalipun tidak melenyapkannya dari muka bumi ini. Renungkan semula kepada Krisis Balkan 1998 dahulu yang telah menyaksikan perpecahan negara
Definisi Perpaduan
Perkataan “perpaduan” ini asalnya dari perkataan “padu” iaitu “mampat”, “pejal” dan “padat”. Perpaduan sebenarnya ialah penggabungan. Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. Lawan bagi “perpaduan” ialah “permusuhan”, “kehancuran” dan “perpecahan”. Jadi, perpaduan dilihat adalah sebenarnya tuntutan untuk satu perkara yang baik manakala perpecahan pula satu perkara yang sangat keji dan tidak baik.
Sebagaimana kita sedia maklum bahawa punca kesejahteraan itu ialah keharmonian hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Keharmonian hidup ini tentulah sukar dicapai tanpa adanya perasaan hormat menghormati, menerima seadanya keadaan, keikhlasan, kasih sayang dan semangat persaudaraan yang teguh dalam diri setiap individu yang menganggotai sesebuah masyarakat itu. Oleh itu, para pemimpin negara kita senantiasa membimbing dan menunjuk jalan kepada kita semua demi memastikan wujudnya nilai kasih sayang dan perpaduan itu.
Sesungguhnya keharmonian dan keamanan hidup bermasyarakat dan bernegara ini adalah salah satu nikmat kehidupan yang sangat besar yang dikurniakan kepada manusia. Bayangkan jika anda telah ditakdirkan sebagai seorang rakyat
Halangan Kepada Perpaduan
Dalam mencapai perpaduan hidup bermasyarakat dan bernegara, manusia tidak terlepas dari menghadapi rintangan dan halangan. Halangan-halangan itu ada yang berpunca dari dalam diri seseorang individu itu sendiri dan tidak kurang juga datangnya dari luar diri kita sendiri.
Sifat sombong dan bangga diri sendiri sering menjadi penghalang utama bagi seseorang untuk menerima pendapat atau buah fikiran orang lain. Sikap ini akan mendorong berlakunya keretakan dan perpecahan baik di peringkat rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara. Sikap sombong sering membawa individu atau kumpulan melakukan keganasan dan kekerasan kepada orang lain. Akhirnya ia mencetuskan permusuhan dan peperangan. Perbuatan keras akan merenggangkan perhubungan dan menghapuskan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain.
Bahaya Akibat Perpecahan
Perpecahan dan permusuhan merupakan perbuatan atau gejala masyarakat yang sangat membinasakan. Perpecahan dikutuk kerana ia boleh melemahkan kita sebagai rakyat
Kemakmuran dan keamanan yang dinikmati di
Tata kelakuan dan gerak-geri masyarakat juga perlu dibentuk supaya selaras dengan tuntutan harmoni, toleransi dan perpaduan. Tingkahlaku yang kasar, biadap, tidak sopan serta tidak pandai menghormati orang lain terutama ibubapa, orang-orang tua, guru-guru dan pemimpin-pemimpin sering menimbulkan rasa benci antara satu sama lain. Oleh itu, dalam usaha membina perpaduan umat maka peningkatan rasa hormat dan kasih sayang mestilah dipupuk dan dipelihara. Dalam konteks masyarakat penyayang yang hendak dibangunkan itu, maka bidang-bidang ini mestilah diberi perhatian.
Sikap Yang Diperlukan
Melihat betapa pentingnya perpaduan dalam menentukan kejayaan umat dan negara, maka kita mestilah sentiasa memupuk kesedaran masyarakat supaya menghargai nilai perpaduan ini serta berusaha menjaga dan memperelokkannya. Kita juga mestilah mengajak masyarakat supaya menjauhi gejala-gejala yang boleh membawa perpecahan di samping mengajak mereka berpegang dengan nilai-nilai hidup murni yang berupa kasih sayang, hormat menghormati dan sebagainya. Namun yang paling utama, kita sendiri mestilah memulakan cara hidup yang mulia ini sebelum kita mengharapkan orang lain dapat mengamalkannya pula. Kesimpulannya, kesedaran bermula daripada anda sendiri.
Penutup
Demikianlah sedikit penjelasan tentang betapa pentingnya perpaduan dalam menentukan kesinambungan kepimpinan mana-mana negara jua. Tanpa kesedaran yang tinggi dan usaha yang gigih dan teratur, masa depan kita semua dalam bahtera
SATU
Nota penulis: Saya sering menerima e-mel daripada rakan-rakan siber memohon kebenaran untuk “copy and paste” artikel yang mungkin menarik minat serta mempunyai nilai kegunaan kepada mereka. Saya sedia berkongsi apa-apa sahaja yang terdapat dalam laman ini. Sila juga emelkan apa-apa sahaja pandangan agar dapat kita sama-sama berkongsi minda demi masa depan pelajar dan negara kita yang tercinta ini.
Terima kasih.