LATIHAN TAMBAHAN SEMASA CUTI HARI PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2012. SILA BACA PERIBAHASA DI BAWAH DAN BUAT AYAT PERIBAHASA. SILA RUJUK DI SINI UNTUK PERIBAHASA TAMBAHAN. BUAT SEKURANG-KURANGNYA 30 AYAT PERIBAHASA.
PERIBAHASA DAN MAKSUD:
- Di mana ada kemahuan di situ ada jalan – jika kita ada keinginan untuk melakukan sesuatu, kita akan terus mengusahakannya hingga berjaya.*
- Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih – jika dikehendaki (sesuatu) bermacam-macam akal atau ikhtiar dijalankan tetapi jika tidak mahu, pelbagai alasan diberikan. *
- Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya – tidak akan tercapai cita-cita jika tidak kuat berusaha. *
- Genggam bara api biar sampai jadi arang – jika melakukan pekerjaan yang sukar haruslah bersabar sehingga berjaya.*
- Belakang parang kalau diasah lagikan tajam – biarlah bodoh sekalipun kalau belajar bersungguh-sungguh akan menjadi pandai. *
- Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan – apabila melakukan sesuatu kerja, biarlah selesai dengan sempurna. *