Friday, May 8, 2009

ANALISIS CERPEN ANNYSS SOPHILLEA


























Analisis Cerpen Annys Sophillea (Nisah Haji Haron)


Sinopsis

Annyss Sophillea berkenalan dengan Akmal di bumi sewaktu mencari saudara kembarnya, Eyrique Etiqaz iaitu pewaris takhta Alstonia yang hilang. Semasa Annyss bertafakur di pusara ayah dan ibunya, Strenn, sepupunya muncul dan menyatakan keinginannya untuk menjadi raja Alstonia dan mengahwini Annyss. Dengan bantuan burung Inderawasih iaitu Eustary, Annyss ke sebuah rimba. Di sana, Akmal menemuinya lalu mereka mencari Eyrique. Mereka berjaya menemukan Erique. Rupa-rupanya Eyrique disembunyikan oelh Strenn. Akmal berjaya menikam Strenn tetapi dia turut merasai kesakitan tersebut kerana peraturan di Alstonia sedemikian. Annyss dan Eyrique berusaha untuk menyelamatkannya.


Tema

Perjuangan menentang kejahatan - Annyss Sophillea dan Akmal menentang Strenn yang ingin merampas takhta kerajaan Alstonia.


Persoalan

- Persahabatan yang murni antara penduduk dua planet yang berbeza

- Sikap tamak akan kuasa dan sanggup melakukan kezaliman akan membawa padah

- Persahabatan murni memerlukan pengorbanan

Watak dan Perwatakan

Annyss Sophillea

- Puteri dari Alstonia

- Mempunyai kuasa luar biasa

- Sepupu Strenn

- Lemah lembut

- Tegas

- Berani

Eyrique Etiqaz

- Saudara kembar Anyyss Sophillea

- Diculik oleh Strenn

- Mempunyai kuasa luar biasa

Strenn

- Sepupu Annyss

- Cuba merampas kuasa dan menduduki takhta Alstonia

- Zalim

- Tamak

- Memiliki kesaktian

Akmal

- Penduduk Bumi

- Sahabat baik Annyss

- Jujur

- Sanggup berkorban

- Berani

- Pintar

Latar

Latar Tempat

- Bumi tempat asal Akmal

- Rimba besar Alstonia

- Terowong rahsia tenpat Eryrique disembunyikan

- Pusara ayah dan ibu Annyss

Latar Masa

- Masa akan datang – futuristik

- 10 hari di planet Bumi bersamaan 1 hari di dimensi Alstonia


Latar Masyarakat

- Masyarakat di Bumi

- Masyarakat di angkasaraya

- Masyarakat yang mengamalkan kesaktian

- Masyarakat mengamalkan sikap bekerjasama tanpa mengira kedudukan


Nilai

- Keberanian – Annyss sanggup pergi ke merata-rata tempat untuk mencari kembarnya Erique

- Kegigihan – Annyss gigih mencari kembarnya walaupun mengahadapi banyak rintangan

- Kerjasama – Akmal datang ke Alstonia untuk menolong Annyss

- Pengorbanan – Akmal sanggup berkorban dengan bertindak membunuh Strenn walaupun tahu akan risikonya


Pengajaran

- Kita hendaklah berani berjuang untuk menegakkan kebenaran dan mengahpuskan kezaliman

- Manusia digalakkan bekerjasama pada setiap masa bagi memastikan kemenangan dapat dicapai dalam setiap perjuangan

- Kita hendaklah sentiasa bersedia memberi bantuan kepada seseorang yang berada dalam kesusahan