Friday, May 8, 2009

ANALISIS CERPEN LAMBAIAN MALAR HIJAU

























Analisis Cerpen Lambaian Malar Hijau (Saroja Theavy a/p Balakrishnan)

Sinopsis
Cikgu Jo ke perkampungan orang asli bagi memujuk Daneng supaya meneruskan pelajarannya. Suasana di situ amat indah dan alam sekitarnya terpelihara. Daneng tidak mahu meninggalkan kampungnya kerana ingin menjaga persekitaran tempat tinggalnya daripada sebarang pencemaran. Menurut Cikgu Jo, Daneng akan berjaya menjaga hutan itu suatu masa nanti dengan pelajarannya. Akhirnya Cikgu Jo berjaya memujuk Daneng. Kejayaan Daneng dalam pelajaran dan usahanya tanpa jemu untuk mengekalkan keindahan hutan malar hijau akhirnya diikhtiraf apabila Daneng menerima Hadiah Nobel dan gelaran ‘Datuk’.


Tema
Kecintaan terhadap alam sekitar – Daneng berjaya memelihara kemurnian hutan rimba tempat lahirnya

Persoalan
- Sikap tamak manusia mengancam hutan rimba
- Tanggungjawab seorang guru terhadap pelajarnya
- Sikap keterbukaan seseorang boleh membawa kejayaan
- Kepentingan pendidikan kepada setiap individu

Watak dan Perwatakan
Daneng
- Remaja yang lulus PMR cemerlang
- Enggan meneruskan pelajaran kerana ingin tinggal di Lembah Tualang
- Bergelar ‘Datuk’ apabila dewasa
- Mempunyai anak iaitu Dany
- Menerima Hadiah Nobel

Cikgu Jo
- Guru kepada Daneng
- Mengambil berat terhadap anak muridnya
- Menghormati Daneng
- Berbangga dengan kejayaan Daneng

Latar
Latar Tempat
- Sekitar perkampungan di Lembah Tualang
- Pondok atau rumah ibu bapa Daneng
- Danau Nyok

Latar Masa
- Waktu pagi – Cikgu Jo berjaya memujuk Daneng untuk meneruskan persekolahannya
- Tempoh masa 25 tahun

Latar Masyarakat

- Masyarakat Orang Asli di Desa Tualang
- Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan
- Masyarakat yang mencintai alam sekitar
- Masyarakat yang hidup sederhana dan patuh kepada warisan nenak moyang

Nilai
- Hormat menghormati – Daneng amat menghormati cikgu Jo walaupun ketika Daneng sudah bergelar ‘Datuk’
- Kegigihan – Daneng berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya sehingga beliau digelar dan dianugerahkan Hadiah Nobel
- Pengorbanan – Cikgu Jo sanggup meredah hutan untuk memujuk Daneng agar meneruskan persekolahannya walaupun pada mulanya Daneng berkeras enggan bersekolah lagi.

Pengajaran
- Kita perlu melindungi warisan hutan yang terbentang luas agar agar tidak tercemar akibat angkara manusia yang rakus
- Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran menjadi tangga kejayaan pada hari muka
- Kita hendaklah sanggup berkorban untuk orang yang kita sayangi